Kejadian pusaran angin seperti puting beliung dilaporkan melanda Lahad Datu, tengah hari semalam dan ia sempat dirakamkan orang ramai.
Fenomena itu dikatakan menerbangkan beberapa kepingan bumbung zink bangunan kedai di Jalan Segama Industrial State.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad yang dihubungi media mengesahkan kejadian itu, namun katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat insiden itu. - Getaran, 16 Mac 2024
@getaranmy Kejadian berlaku pada petang Jumaat. Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Video: Orang Awam #getaranmy #lahaddatu #semasa ♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya