web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Model Hong Kong : Bapa Mertua, Anak Lelaki Didakwa Membunuh

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 3:27PM

Abby Choi Tin-fung - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HONG KONG - Bekas bapa mertua model Hong Kong, Abby Choi Tin-fung dan anak lelaki sulungnya didakwa dengan pertuduhan membunuh selepas mereka ditahan kerana disyaki terbabit membunuh model berkenan, kata polis.

Polis hari ini juga dipetik sebagai berkata, bekas ibu mertua Choi, 63 turut didakwa dengan satu pertuduhan cuba menyembunyikan pembunuhan.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 31 hingga 65 ditahan Jumaat lalu dan akan dihadapkan ke Mahkamah Kowloon City esok.

Setakat pagi ini, bekas suami Choi yang juga anak bongsu masih disoal siasat selepas ditahan, semalam.

Pembunuhan Choi terbongkar Jumaat lalu apabila polis menemui beberapa bahagian tubuh Choi, 28, di aras bawah rumah pangsa tiga tingkat Tai Po, dekat Lung Mei Tsuen. - Gambar dari media sosial
Pembunuhan Choi terbongkar Jumaat lalu apabila polis menemui beberapa bahagian tubuh Choi, 28, di aras bawah rumah pangsa tiga tingkat Tai Po, dekat Lung Mei Tsuen. - Gambar dari media sosial

Pemuda berusia 28 tahun itu ditahan dalam serbuan polis di Tung Chung dekat Pulau Lantau kira-kira jam 1 petang, selepas rancangannya untuk melarikan diri dengan menggunakan bot laju diketahui polis.

Beliau membawa bersama wang tunai berjumlah HK$500,000 (RM282,532) dan beberapa utas jam tangan mewah yang kesemuanya dianggarkan bernilai HK$4 juta (RM2.26 juta) ketika ditahan.

Ketika berada di Balai Polis Hung Ham, suspek mengadu kurang sihat dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Yau Ma Tei.

Polis semalam memberitahu, dua anak Choi bersama bekas suaminya itu kini dijaga oleh ibu mendiang.

Pembunuhan Choi terbongkar Jumaat lalu apabila polis menemui beberapa bahagian tubuh Choi, 28, di aras bawah rumah pangsa tiga tingkat Tai Po, dekat Lung Mei Tsuen.

Mendiang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Polis turut menemui mesin pengisar daging, gergaji elektrik dan dua periuk mengandungi tisu manusia, selain dua jenis pisau pemotong daging, tukul, pelindung muka, baju hujan berwarna hitam dan tas tangan ungu milik Choi di lokasi. 

Kesemua suspek dikatakan menutup dinding rumah pangsa itu menggunakan layar kapal.

Dua kaki wanita pula ditemui di dalam peti sejuk di rumah pangsa itu manakala bahagian badan, tangan dan kepala pempengaruh media sosial itu masih belum dijumpai.

Pada Sabtu, kira-kira 100 pegawai polis termasuk penyelam daripada Unit Tugas Khas, dikenali sebagai Flying Tigers dan Unit Tindakan Khas mengambil bahagian dalam operasi mencari di tanah perkuburan Tseung Kwan O.

Polis menggunakan dron untuk pencarian dari udara manakala khidmat anjing pengesan turut digunakan bagi mengesan jejak Choi di tanah perkuburan berkenaan.

Pencarian dilakukan di kawasan itu selepas siasatan mendapati, bekas bapa mertua dan abang ipar mendiang pergi ke lokasi tersebut pada Rabu, sehari selepas Choi dilaporkan hilang.

Pencarian bersambung hari ini. - Agensi, 26 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar