web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Angka Kematian Akibat Gempa Bumi Kuat Di Selatan Turkiye Meningkat Kepada 42,310

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 11:25AM

Tragedi gempa bumi yang menggegarkan selatan Türkiye pada 6 Februari lalu setakat ini telah mengorbankan 42,310 orang. - Gambar dari Facebook NADMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Sekurang-kurangnya 42,310 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Türkiye pada 6 Februari, kata agensi pengurusan bencana negara itu pada Selasa.

Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) berkata gempa yang berpusat di daerah Pazarcik dan Elbistan di wilayah Kahramanmaras itu juga menyaksikan 7,184 gegaran susulan, lapor Anadolu Agency.

Gempa bermagnitud 7.7 dan 7.6 itu turut melanda 10 wilayah lain – Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Hatay, Gaziantep, Malatya, Kilis, Osmaniye, Elazig dan Sanliurfa.

Lebih 13 juta penduduk terjejas akibat gempa bumi dahsyat itu.

Dalam tempoh kurang dari 10 jam beberapa negara di rantau itu, termasuk Syria dan Lubnan, turut merasakan gegaran kuat yang melanda Türkiye.

Sejumlah 14,740 anggota mencari dan menyelamat tempatan dan antarabangsa kini berada di lapangan untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat, kata AFAD.

Sementara itu, pada taklimat media Menteri Dalam Negeri Turkiye Suleyman Soylu berkata sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 562 yang lain cedera, termasuk 18 dalam keadaan kritikal, selepas gempa bumi baharu menggegarkan Hatay, wilayah paling selatan Türkiye pada lewat Isnin. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran