web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Turkiye: Pasukan Penyelamat Kejar Masa Selamatkan Lebih Banyak Nyawa

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2023 11:30AM

Pasukan Penyelamat kini mengejar masa bagi menyelamatkan mangsa-mangsa gempa bumi di Turkiye. - Gambar dari Facebook NADMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sejak misi mencari dan menyelamat dimulakan sejurus tragedi gempa bumi di Turkiye yang melanda beberapa daerah di negara berkenaan Isnin lalu, lebih ramai mangsa berjaya dikeluarkan hari demi hari dari runtuhan bangunan di situ.

Malah, misi membabitkan pasukan penyelamat dari beberapa negara dunia, termasuk Malaysia itu, bekerja tanpa lelah bagi memastikan mereka dapat mengejar masa untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Gempa bumi dasyat yang melanda selatan negara itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 29,605 orang terbunuh setakat semalam, menurut pihak Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di wilayah Kahramanmaras itu, menjejaskan lebih 13 juta orang di 10 wilayah, termasuk Hatay, Gaziantep, Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Kawasan itu dilanda dua gempa bumi kuat menggegarkan bahagian selatannya, dengan gempa bumi pertama berlaku jam 4.17 pagi dan berpusat di Pazarcik, manakala gempa bumi susulan berukuran 7.6 pada skala Richter yang berpusat di Elbistan, Kahramanmaras berlaku 1.24 tengah hari (6.24 petang waktu Malaysia).

Lebih 6,000 bangunan runtuh dalam gempa bumi itu.

Beberapa negara di rantau berkenaan, termasuk Syria dan Lubnan turut merasakan gegaran kuat itu.

Sejurus kejadian itu, Malaysia turut prihatin menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) pada Isnin lalu bagi membantu mangsa.

Kerja di lapangan dijalankan seramai 70 pegawai dan anggota kumpulan pertama pasukan itu, selepas diterbangkan kerajaan ke negara berkenaan.

Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri berkata, pasukan itu melaksanakan tugas mencari dan menyelamat mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan.

Menurutnya, penugasan pasukan SMART ke Turkiye itu dijalankan dengan kerjasama pasukan INSARAG dari Qatar.

“Dalam operasi ini juga, pasukan SMART yang turut dianggotai pegawai perubatan dari Kor Kesihatan Diraja, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), menghulurkan bantuan kecemasan kepada khemah mangsa yang terjejas,” katanya dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Ujarnya, selain usaha mencari dan menyelamat, pasukan SMART menghulurkan bantuan kecemasan berhampiran khemah mangsa, antaranya kepada mangsa yang mengalami serangan jantung.

“Sebaik tiba, pasukan pertama Malaysia ini yang turut membawa peralatan seberat 10 tan untuk operasi SAR, bergerak ke Nurdagi, Gaziantep, menerusi jalan darat dan melaksanakan misi menyelamat,” katanya.

Pasukan SMART pertama ini yang dihantar atas nama Pasukan SMART MAS – 01 difahamkan akan ditempatkan di Nurdagi sepanjang berada di Turki.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan kedua kumpulan misi mencari dan menyelamat SAR, berlepas ke Turkiye pada Khamis lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Seramai 70 pegawai dan anggota menyertai pasukan itu yang terdiri daripada 20 anggota SMART, 30 anggota JBPM dan 21 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – Getaran, 13 Februari 2013

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan