web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Satu Lagi Gempa Bumi Kuat Gegar Selatan Turkiye

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 9:05PM

Turkiye digemparkan dengan satu lagi kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter pada petang Isnin, lapor Agensi Anadolu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Turkiye digemparkan dengan satu lagi kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter pada petang Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Gempa itu dilaporkan berlaku pada 1.24 tengah hari (2100GMT) waktu tempatan, berpusat di daerah Elbistan di Kahramanmaras, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Ketua Pengarah Gempa Bumi dan Pengurangan Risiko AFAD, Orhan Tatar berkata aktiviti gempa bumi di rantau ini dengan gegaran susulan sehingga 6.5 - 6.7 pada skala Richter dijangka berterusan.

Awal pagi Isnin, gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Kahramanmaras dan menjejaskan beberapa wilayah termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata sekurang-kurangnya 912 orang terbunuh manakala 5,385 lagi cedera di 10 wilayah setakat ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Pihak Berkuasa Jepun Masih Kesan 51 Orang Yang Dilaporkan Hilang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 51 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad