web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chris Hipkins Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Baharu New Zealand

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 11:01AM

Chris Hipkins - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WELLINGTON - Chris Hipkins mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu New Zealand pada Rabu selepas Jacinda Ardern secara rasmi meletak jawatan.

Majlis angkat sumpah yang berlangsung di bangunan parlimen itu menyaksikan Hipkins secara rasmi menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan itu manakala Carmel Sepuloni menjadi timbalan perdana menteri, lapor Xinhua.

Perdana Menteri Hipkins akan merombak kabinet minggu depan. Selain menjadi kepimpinan tertinggi, Hipkins sendiri akan memegang jawatan menteri keselamatan dan perisikan negara.

Menangani inflasi akan menjadi keutamaan, katanya ketika badan statistik New Zealand mengumumkan pertumbuhan indeks harga pengguna kekal pada 7.2 peratus dalam tempoh 12 bulan hingga Disember 2022.

Ardern yang mengumumkan peletakan jawatannya pada Khamis lepas berkata selepas lima setengah tahun memegang jawatan kepimpinan tertinggi, beliau tidak dapat meneruskannya untuk tempoh setahun lagi atau sepenggal lagi selepas pertimbangan yang teliti.

"Menjadi perdana menteri merupakan penghormatan terbesar dalam hidup saya," kata Ardern, memetik pencapaian kabinetnya dalam mengurangkan kemiskinan kanak-kanak dan meningkatkan sokongan kebajikan dan jumlah perumahan awam.

Pada Selasa, dengan kehadiran penggantinya Hipkins, Ardern membuat ucapan perpisahan de facto sebagai perdana menteri New Zealand.

Pada hari terakhir di pejabat, pemimpin Buruh itu berkata pemergiannya tidak boleh dilihat sebagai  sesuatu yang negatif terhadap New Zealand.

"Saya memperoleh kasih sayang, belas kasihan, empati dan penuh kebaikan semasa bertugas -- itulah pengalaman utama saya," kata Ardern semasa melawat bandar Ratana bersama Hipkins.

Ardern berkata beliau akan kekal sebagai  Ahli Parlimen Mt Albert namun tidak akan bergiat aktif dalam politik.

Hipkins pula berkata beliau dan Ardern bersama-sama mengenang kembali pengalaman beberapa tahun kebelakangan ini dan menambah "ia adalah saat yang pahit".

Pilihan raya umum New Zealand 2023 akan diadakan pada 14 Okt. 2023. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

‘Jalan-Jalan Muslim-Friendly NZ’ Untuk Pengembara Muslim Berseronok Di New Zealand

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Dikebumi Di Christchurch Esok

3

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Pelajar Malaysia Maut Dalam Kemalangan Di Tasik Tekapo, New Zealand

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad