web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir: 8 Wilayah Di Thailand Dilanda Banjir

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 7:41AM

Gambar Renjer

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Hujan lebat berterusan telah mencetuskan banjir di seluruh wilayah di Thailand dan menyebabkan lebih 15,000 isi rumah terjejas.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) dalam satu kenyataan menyiarkan lapan wilayah itu ialah Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Yala, Songkhla, Narathiwat, dan Pattani di Selatan Thailand serta Amnat Charoen (timur laut) dan Chanthaburi (timur).

“Sehingga 4 petang (waktu tempatan) hari ini, 15, 696 isi rumah daripada 305 buah kampung di 33 daerah terjejas akibat banjir. Pihak berkuasa akan menyegerakan urusan membaiki kerosakan yang dialami akibat banjir,” menurut DDPM.

Sementara itu, Komander Renjer Regimen Ke-45 Kolonel Thawirat Benjatikul berkata tiga maut manakala dua terselamat apabila kenderaan yang dinaiki mereka dihanyutkan arus deras yang melanda Narathiwat.

Beliau berkata mangsa sekeluarga termasuk seorang wanita berusia 68 tahun bersama anak lelakinya, 40, menantu, 38, serta dua cucunya- 14 dan 2 tahun.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dibawa lelaki 40 tahun itu dihanyutkan arus deras.

“Pasukan keselamatan bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan dua mangsa – lelaki dan anak lelaki berusia 14 tahun.

“Tiga lagi - wanita 60 tahun dan menantunya,38, dan cucu, 2, terperangkap dalam kenderaan.

“Apabila pasukan menyelamat tiba di tempat kejadian, ketiga-tiga mangsa didapati tidak sedarkan diri. Mereka digegaskan ke hospital dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, gabenor Surat Thani, Wichawut Jinto mengarahkan semua bot untuk tidak turun ke laut susulan ombak tinggi.

Perkhidmatan feri turut dihentikan buat sementara waktu, katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan dan hujan lebat di beberapa kawasan terpencil di Selatan.

“Orang ramai diingatkan untuk berhati-hati dengan beberapa keadaan yang mungkin menyebabkan banjir kilat dan limpahan air, terutama di sepanjang kaki bukit berhampiran sungai dan tanah rendah,” katanya.

Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran berhubung ombak setinggi satu hingga dua meter di Teluk Thailand.

"Semua kapal harus mengambil langkah berjaga-jaga, dan bot-bot kecil diarah tidak turun ke laut," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad