web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Separuh Akhir Piala Dunia: Polis Perancis Gerakan 10,000 Anggota Persediaan Kemungkinan Rusuhan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 9:03PM

Di Paris, polis akan ditempatkan di sekitar boulevard Champs-Elysees seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin. - Gambar fail 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Bimbang kemungkinan rusuhan selepas perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Perancis dan Maghribi di Qatar pada Rabu, Perancis merancang menggerakkan 10,000 pegawai polis termasuk 5,000 khusus ditempatkan di Paris dan di kawasan sekitarnya, lapor Agensi Anadolu.

Di Paris, polis akan ditempatkan di sekitar boulevard Champs-Elysees seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin. 

Paris sebelum ini menyaksikan insiden ganas pada 10 Dis selepas kemenangan Maghribi dan Perancis di peringkat suku akhir.

Champs-Elysees bagaimanapun tidak ditutup pada Rabu.

Kebanyakan jalan masuk ke Paris akan ditutup mulai 6.30 petang termasuk beberapa stesen metro dan RER.

Ancaman lain adalah daripada samseng berhaluan kanan yang radikal seperti dilaporkan stesen radio Europe 1.

Menurut Europe 1, di bandar Strasbourg, beberapa dozen ahli "Pesalah Strasbourg," kumpulan samseng yang terdiri daripada neo-Nazi, Identitarian dan ultra-nasionalis, dikatakan telah merancang untuk berkumpul di jalan-jalan di pusat bandar selepas perlawanan itu. 

Perlawanan itu dilihat oleh beberapa pihak sebagai pertembungan antara Kolonialis Perancis dan bekas jajahannya di Afrika Utara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam