web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Pameran Tokyo Motor 2021 Dibatalkan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 1:42PM

Kereta Honda NSX yang dipamerkan di Pameran Tokyo Motor pada 25 October 2019. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pameran automotif Tokyo Motor yang dijadualkan pada tahun ini telah dibatalkan susulan peningkatan jangkitan coronavirus, kata pengerusi penganjur, Akio Toyoda pada Khamis.

Pameran berkenaan yang merupakan acara utama, telah menarik perhatian 1.3 juta pengunjung serta syarikat automotif pada penganjuran 2019.

Ia pertama kali diadakan pada 1954.

"Kami memutuskan untuk membatalkan pameran automotif ini, kerana ia sukar dilaksanakan dalam persekitaran selamat,'' kata Toyoda yang juga presiden Toyota Motor Corporation dalam satu kenyataan media.

Toyoda juga berkata, ketika sidang media secara maya diadakan, badan industri automotif menentang dasar kerajaan Jepun yang melarang penjualan kenderaan enjin petrol baru.

"Kita perlu meluaskan pilihan (teknologi) lain untuk mencapai peneutralan karbon. Kita patut mengikut urutan yang betul,'' katanya.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga berjanji untuk mencapai pelepasan karbon sifar di Jepun menjelang 2050 dan mencapai matlamat semua kereta baru yang dijual di negara itu dijana elektrik pada 2035.

Toyoda memberitahu, beliau menyokong matlamat Suga itu namun ia perlu dilaksanakan dengan mengambil kira semua industri. - Kyodo News.

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad