web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ular Tedung Mati Selepas Digigit Budak Lelaki

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 12:14PM

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipatuk seekor ular, menggigit semula ular berkenaan menyebabkan kematian reptilia itu - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipatuk seekor ular, menggigit semula ular berkenaan dalam satu kejadian di negeri Chhattisgarh di tengah India, menurut pihak berkuasa pada Sabtu.

Budak lelaki yang hanya dikenali sebagai Deepak itu dipatuk ketika cuba melindungi dirinya daripada reptilia itu di rumahnya di Pandarpadh di daerah Jashpur.

"Bila ular itu belit tangan saya, saya dipatuk. Saya rasa sakit. Saya gigit ular itu dua kali lalu baling ular itu,” kata Deepak kepada pemberita awal minggu ini.

Keluarganya kemudian membawa dia ke klinik kesihatan, lapor Agensi Anadolu memetik The New Indian Express.

"Dia segera diberikan racun antiular dan dietakkan dalam pengawasan sepanjang hari dan dibenarkan keluar," kata pegawai kanan kesihatan daerah Jashpur, Dr Jems Minj.

Pegawai berkata budak lelaki itu hanya menerima gigitan kering dan ular itu tidak mengeluarkan sebarang racun sekali gus menyelamatkan nyawanya.

Saintis kanan di Zoological Survey of India, Pratyush P. Mohapatra berkata kejadian seperti itu jarang berlaku.

"Tetapi dalam situasi begini, apa-apa boleh berlaku. Dalam mempertahankan diri, gigitan budak lelaki itu pasti telah menusuk organ penting menyebabkan haiwan itu mati," katanya.

Terdapat 45,000 kematian akibat patukan ular setiap tahun direkodkan di India, menurut kajian “Million Death Study” 2011.

Menurut kajian eLife, jurnal terbuka yang diterbitkan pada 2020 oleh pakar terkemuka India dan antarabangsa: "Korban akibat patukan ular mungkin menyebabkan 1.2 juta kematian di India sejak dua dekad lalu."

"Viper, krait dan ular tedung Russell adalah antara spesies ular yang dikesan paling banyak menyebabkan kematian di India," menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Agensi kesihatan PBB itu menetapkan sasaran untuk mengurangkan separuh daripada jumlah kematian akibat gigitan ular menjelang 2030. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad