web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas PM Imran Khan Menang Besar Dalam Pilihan Raya Kecil Pakistan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 8:34PM

Imran Khan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menang enam daripada tujuh kerusi parlimen yang ditandinginya pada pilihan raya kecil pada Ahad, mencetuskan minat penyokongnya untuk terus bertanding lebih banyak kerusi.

Undian untuk lapan kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi wilayah Punjab dilihat sebagai ujian populariti Imran dan partinya Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI).

Walaupun beliau tidak boleh mewakili lebih daripada satu kawasan di parlimen, keputusan Imran untuk bertanding tujuh kerusi hanya sebagai mesej politik.

Parti Imran hanya tewas dua kerusi Dewan Undangan Negeri kepada Parti Rakyat Pakistan (PPP), ahli gabungan pemerintah yang diketuai Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) pimpinan Perdana Menteri Shehbaz Sharif.

Keputusan awal menunjukkan tujuh kerusi parlimen yang ditandinginya, Imran kalah di kawasan Malir Karachi.

PTI juga tewas di satu lagi kerusi penting, Multan, apabila Mehr Bano Quresi, anak perempuan naib pengerusi PTI, Shah Mahmood Qureshi, kalah kepada Ali Musa Gilani, anak bekas perdana menteri Yusuf Raza Gilani.

PML-N memenangi satu kerusi dewan undangan wilayah Punjab manakala dua lagi dimenangi PTI.

Keputusan terkini menunjukkan kempen tanpa henti Imran dalam pelbagai isu menentang pakatan pelbagai parti dikenali Pergerakan Demokratik Pakistan (PDM) ternyata berhasil.

PDM menggulingkan kerajaan PTI di Islamabad melalui undi tidak percaya pada April.

Sejak itu, politik negara berpenduduk 220 juta itu terus bergolak dengan Imran mendakwa lawannya memperoleh kuasa pemerintahan menerusi komplot yang disokong kuasa asing.

Kemenangan beliau adalah simbolik apabila Ahli Parlimen parti itu meletak jawatan beramai-ramai pada 11 April dan tidak menghadiri persidangan sejak Shehbaz menjadi perdana menteri.

Speaker dewan menerima beberapa peletakan jawatan pada Julai.

Pilihan raya perlu diadakan semula selepas Imran meletak jawatan di kerusi yang dimenanginya.

PTI menuntut pilihan raya umum segera diadakan dengan alasan ketidakstabilan politik telah menjejaskan ekonomi negara.

Parti itu memenangi 15 daripada 20 kerusi dewan undangan wilayah Punjab pada pilihan raya kecil Julai lalu.

"Sejak tiga bulan lepas, pilihan raya berlangsung bagi 32 kerusi. PTI memenangi 24 daripada jumlah itu atau 75 peratus. Ini merupakan kemenangan besar," kata ketua kanan PTI Asad Umar pada Isnin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PKR Wakili Kerajaan Perpaduan Pada PRK Sungai Bakap

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad