web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CNN Mohon Maaf, Buat Penggambaran Di Lokasi Tragedi Pembunuhan Kanak-Kanak

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 12:43PM

Bunga-bunga diletakkan di luar pagar sebuah pusat asuhan kanak-kanak yang menjadi lokasi pembunuhan berdarah di wilayah Nong Bua Lamphu, pada 7 Oktober lalu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK, 10 Okt0ber - CNN mengemukakan permohonan maaf susulan insiden menjalankan penggambaran di pusat asuhan kanak-kanak di Uthai Sawan, Nong Bua Lamphu yang menjadi lokasi pembunuhan berdarah serta menarik balik video itu daripada laman sesawangnya.

Dua wartawan CNN itu, seorang warga Australia, 47, dan seorang warga Britain, 34, didenda 5,000 baht dan meninggalkan negara itu selepas pihak berkuasa mendapati mereka menyalahgunakan visa pelancong.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan daripada tuduhan memasuki dan membuat penggambaran di tempat kejadian tanpa kebenaran.

Timbalan Ketua Polis Negara, Jeneral Surachate Hakparn berkata siasatan mendapati pasukan itu mendapat kebenaran daripada pegawai kesihatan yang berada di tempat kejadian.

Kedua-dua wartawan berkenaan tidak menyedari bahawa pegawai kesihatan itu tidak mempunyai kuasa memberi kebenaran untuk memasuki premis terbabit, katanya.

Kedua-dua wartawan itu turut mengemukakan permohonan maaf. 

“Saya ingin memohon maaf kepada rakyat Thailand terutamanya keluarga mangsa tragedi. 

“Kami sangat menyesal dengan perbuatan kami yang telah menambahkan lagi kesedihan dan penderitaan. Itu bukan niat kami,” kata seorang daripada kru CNN, Anna Coren.

Sementara itu, naib presiden eksekutif dan pengurus besar CNN International Mike McCarthy turut memohon maaf.

Dalam satu kenyataan, beliau kesal atas kesilapan yang dibuat dan kesulitan yang mungkin dihadapi polis Thailand 

Beliau berkata CNN telah berhenti menyiarkan laporan itu dan menarik balik video itu daripada laman sesawangnya.

“Pihak kami tidak pernah berniat untuk melanggar mana-mana peraturan dan tiada tali garisan polis di sekitar tempat kejadian ketika itu.

“Selepas membuat rakaman selama kira-kira 15 minit, pasukan itu cuba beredar namun, pintu pagar perkarangan ditutup dan tali garisan polis telah dipasang, mereka terpaksa memanjat pagar untuk keluar,” katanya. 

Kelab Wartawan Asing ke Thailand (FCCT) menegaskan tindakan dua kru CNN itu adalah tidak profesional dan melanggar etika kewartawanan dalam pelaporan jenayah.

Pada Khamis seorang anggota polis yang dipecat bertindak membunuh 36 orang termasuk 24 kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun dan 12 dewasa termasuk isterinya di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu.

Lelaki berusia 34 tahun itu dilaporkan membunuh 23 kanak-kanak yang sedang tidur selepas mereka selesai menikmati makan tengah hari. 

Pembunuh kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dan pulang ke rumah dan membunuh isteri serta anak lelakinya sebelum bertindak membunuh diri. - Bernama

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Politik 7 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad