web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid Nabawi Buat Persiapan Rapi Sambut Ramadan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 6:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MADINAH - Masjid Nabawi kembali dibuka untuk solat tarawih kepada jemaah awam pada Ramadan tahun ini selepas Arab Saudi menggantung ibadah itu pada tahun lepas susulan penularan pandemik COVID-19.

Tinjauan Bernama mendapati Pengurusan Hal Ehwal Dua Masjid Suci membuat persiapan rapi di Masjid Nabawi sebelum menyambut kedatangan Ramadan tahun ini bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi dengan baik.

Semalam, Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz memutuskan untuk membenarkan ibadah solat tarawih dilakukan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dan dikurangkan jumlah rakaatnya kepada 10 rakaat berbanding 20 rakaat pada tahun-tahun sebelumnya, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi meletakkan syarat ketat kepada jemaah awam termasuk mendaftar aplikasi Tawakkalna di telefon bimbit, membawa sejadah, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Menurut Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Panduan Arab Saudi dalam satu kenyataan yang dipetik SPA solat tarawih dan ibadah qiamullail akan digabungkan serta tempoh masa mendirikannya tidak melebihi 30 minit di semua masjid di Arab Saudi.

Katanya ini untuk memendekkan tempoh waktu kehadiran jemaah di masjid bagi memastikan SOP dapat dipatuhi.

Tahun lepas, Arab Saudi menggantung solat tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah kepada jemaah awam dalam usaha negara itu membendung penularan COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar