web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ujian DNA Sah Identiti Mangsa Penipuan Kerja Di Mae Sot Sebagai Zhen Feng

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 7:08AM

Keputusan ujian DNA menunjukkan Goi Chee Kong (kanan) adalah 99.99 peratus bapa kandung kepada mangsa. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan lelaki yang meninggal dunia di Hospital Mae Sot berhampiran sempadan Thailand-Myanmar pada Mei lalu adalah warga Malaysia Goi Zhen Feng, yang dipercayai mangsa sindiket penipuan kerja. 

Keputusan ujian DNA  yang diterima pada kira-kira 4 petang hari ini menunjukkan Goi Chee Kong adalah 99.99 peratus bapa kandung (biological father) kepada mangsa. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum (Pahang) Sim Chon Siang yang membantu Chee Kong  di Bangkok berkata dengan keputusan ujian DNA  itu, pihak keluarga akan membuat permohonan penukaran nama mayat itu ke nama sebenar - Zhen Feng. 

“Selepas itu, upacara pembakaran mayat (cremation) akan diadakan. 

“Kami jangkakan abu mayat mangsa akan dapat dibawa pulang oleh ibu bapa mendiang ke kediaman mereka di Ipoh pada Jumaat atau Sabtu ini,” katanya kepada Bernama. 

Pada September 4, Bernama melaporkan Goi Chee Kong, 50, dan isterinya yang berusia 45 tahun ke Bangkok untuk mencari anak lelaki sulung mereka yang hilang. 

Namun, pasangan  suami isteri yang tiba di Bangkok pada  30 Ogos dan dijadualkan ke Mae Sot pada hari berikutnya untuk bertemu anak lelaki mereka yang dikatakan sakit dan menerima rawatan di Hospital Mae Sot telah dimaklumkan Zen Feng sudah pun meninggal dunia 11 Mei lalu.

Lebih menyedihkan apabila mereka mendapat tahu bahawa anak mereka itu menjadi mangsa sindiket penipuan kerja di Myawaddy, Myanmar.

Pasangan itu turut dimaklumkan doktor bahawa mendiang telah didera sebelum dihantar ke hospital oleh kumpulan sindiket penipuan kerja pada 11 April lepas dengan menggunakan nama palsu “Mun Jun Hong” dan nombor pasport palsu. 

Mangsa telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu dan meninggal dunia pada 2 pagi 11 Mei sebelum jasadnya dikebumikan di tanah perkuburan di Si Racha di wilayah Chonburi atas nama “Mun Jun Hong” . 

Pada 2 September, keluarga mangsa terpaksa mengumpul dana untuk menjelaskan tunggakan bil hospital kira-kira RM40,000 sebelum boleh mendapatkan sijil kematian untuk menjalankan ujian DNA, pembakaran mayat serta membawa abu mangsa pulang ke Ipoh.

Zhen Feng, pelajar tahun akhir Institut Pendidikan Guru (IPG) berlepas ke Bangkok untuk bercuti pada 19 Januari lalu dan bertemu rakan media sosialnya.

Dia sepatutnya pulang ke Malaysia untuk menyambut ulang tahun kelahiran ibunya pada 5 Februari. Berikutan itu pada 7 Februari bapanya membuat laporan orang hilang.

Pada 31 Mac, pelajar itu menghubungi keluarganya dan memberitahu dia berada di Mae Sot di Wilayah Tak serta memerlukan RM80,000 untuk rawatan perubatan sebelum hilang khabar berita. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar