web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nike Akhiri Tuntutan Mahkamah Terhadap Kasut Setan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2021 11:50AM

Gambar dari MSCHF

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - MSCHF Product Studio Inc yang mengeluarkan Kasut Setan dalam kerjasama dengan penyanyi rap Lil Nas X bersetuju secara sukarela menarik semula kasut berkenaan, sebagai sebahagian daripada penyelesaian undang-undang dengan syarikat gergasi, Nike.

Penyelesaian Nike dengan syarikat dari Brooklyn itu menyelesaikan tuntutan pelanggaran tanda dagang yang Nike kemukakan minggu lalu atas kasut hitam bertema syaitan hitam-merah dan dijual pada harga RM4209.43 sepasang.

Kasut Setan versi Nike Air Max 97, dengan lubang tengah kasut itu mengandungi setitis darah manusia serta berwarna hitam yang menampilkan lambang pentagram gangsa, versi Bible.

Hanya 666 kasut dihasilkan supaya Lil Nas X, yang terkenal dengan lagu  "Old Town Road," boleh memilih pembeli.

Menurut Nike, MSCHF akan menawarkan bayaran semula sepenuhnya kepada pembeli Kasut Setan, yang dilancarkan pada 2019 dan akan menghentikan pengedaran kasut terbabit.

Lil Nas X bukan defendan dan beliau tidak dapat memilih siapa yang akan menerima kasut terakhir selepas hakim menghentikan sementara penjualan Kasut Setan pada 1 April lalu.

Nike mendakwa Kasut Setan tersebut telah mengelirukan pembeli manakala MSCHF sebelum ini menyatakan bahawa kasut berkenaan adalah hasil kerja seni dan tidak menunjukkan sebarang kekeliruan. - theverge.com

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad