web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selebriti Terkenal Myanmar Ditahan Junta         

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 1:18PM

Gambar fail pada 11 February 2021 menunjukkan penyanyi, model, aktor Paing Takhon memakai pakaian tradisional Cina sambil memegang sepanduk membantah rampasan kuasa junta tentera di Yangon. - Gambar STR/ AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, penyanyi dan model terkenal Myanmar yang menyokong protes anti-rampasan kuasa telah ditahan pada Khamis, kata kakaknya, Thi Thi Lwin, ketika junta sedang memburu lebih 100 selebriti yang menyokong pergerakan berkenaan.

Paing Takhon, 24, yang juga selebriti di Myanmar serta Thailand, sebelum ini aktif dalam protes di jalanan dan menerusi media sosialnya.

"Kira-kira 50 anggota tentera dengan lapan trak tentera telah datang dan menahan Takhon di rumah ibunya di Utara Dagon di Yangon pada awal Khamis, kata Thi Thi Lwin dalam Facebook.

"Memandangkan dia sedang sakit, mereka menahannya dalam keadaan tenang tanpa kekerasan. Kami tidak tahu di mana beliau dibawa,'' tambahnya.

Menurut entri dalam media sosial baru-baru ini, di mana beliau mempunyai lebih sejuta pengikut di Facebook dan Instagram, Paing Takhon berada dalam keadaan uzur.

"Saya tidak sihat selama beberapa hari,'' tulisnya pada Rabu.

Pada Februari, beliau memuatnaik gambar dirinya berpakaian seluar putih dengan telefon dan topi.

"Bantu kami sekat jenayah kemanusiaan,'' tulisnya dalam Instagram.

Akaun media sosialnya telah diturunkan, tapi tidak pasti sama ada beliau melakukannya.

Paing Takhon turut terkenal di Thailand dan muncul dalam beberapa iklan dan program TV.

Di Myanmar, pihak berkuasa sedang memburu 120 selebriti yang dikehendaki termasuk penyanyi Lin Lin dan Chit Thu Wai, aktor Phway Phway, Eaindra Kyaw Zin dan Pyay Ti Oo serta model May Myat Noe.

Selebriti berkenaan berdepan tuduhan menyebarkan perbezaan pendapat terhadap tentera, suatu kesalahan yang membawa hukuman penjara tiga tahun jika disabit kesalahan. - AFP

 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad