web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Harian COVID-19 Di Jepun Pecah Rekod

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 2:01PM

Pakar kesihatan di Jepun menggesa tindakan berjaga-jaga tahap maksimum dilaksanakan susulan gelombang ketujuh COVID-19 yang didorong varian Omicron BA.5. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Jepun merekodkan kes harian tertinggi dalam sejarah apabila sebanyak 209,694 kes disahkan pada Rabu.

Pakar kesihatan menggesa "tindakan berjaga-jaga tahap maksimum" berikutan negara itu terus bergelut dengan gelombang ketujuh yang didorong varian Omicron BA.5.

Di sebalik peningkatan semula kes terbabit, negara itu tidak mengenakan sekatan pergerakan terhadap rakyatnya kerana Perdana Menteri Fumio Kishida sedang berusaha mengimbangi aktiviti sosioekonomi dan mengambil langkah pencegahan jangkitan daripada terus merebak, lapor Agensi Berita Kyodo.

Kira-kira 201,000 kes jangkitan direkodkan pada minggu lepas, dan angka kematian melebihi 100 orang untuk tempoh dua hari berturut-turut, menurut laporan kerajaan tempatan.

Pesakit yang mengalami simptom teruk mencecah 311, meningkat 40 orang berbanding Selasa, menurut kementerian kesihatan.

"Jangkitan terus merebak dengan cepat. Kita mesti melihat dengan teliti (keadaan) dengan mengambil langkah berjaga-jaga tahap maksimum, termasuk terhadap sistem kesihatan," menurut panel penasihat pakar kementerian itu.

Lebih separuh daripada 47 wilayah di negara itu mencatatkan peningkatan kes pada Rabu, termasuk Hokkaido dan Kyoto. 

Tokyo melaporkan 29,036 kes COVID-19, manakala Osaka mencatat 21,860 jangkitan baharu dan meningkatkan tahap amaran kepada tiga, iaitu tertinggi sejak tiga bulan lalu.

Warga emas dinasihati untuk tidak keluar rumah atas urusan yang tidak penting kerana berisiko tinggi mengalami gejala yang teruk. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar