web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebakaran Hutan Merentasi Sepanyol, Perancis Akibat Gelombang Haba Berterusan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 3:46PM

Bomba sedang cuba memadamkan kebakaran hutan di barat daya Perancis - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MADRID - Kebakaran hutan setakat ini telah memusnahkan lebih 22,000 hektar hutan dan belukar di Sepanyol sejak gelombang haba melanda seminggu lalu, menurut perkhidmatan kecemasan kebangsaan.

Suhu melebihi 44 darjah Celcius di selatan dan barat daya Sepanyol manakala suhu di seluruh negara mencatatkan bacaan sekitar 40 darjah Celcius, dan faktor cuaca yang panas dan kering sepanjang Mei dan Jun memungkinkan kejadian kebakaran hutan secara meluas, lapor Xinhua.

Di Andalusia, kebakaran berhampiran pusat peranginan Mijas setakat ini telah memusnahkan kira-kira 3,000 hektar kawasan hutan dan menyebabkan kira-kira 2,000 penduduk dipindahkan dari rumah mereka.

Jurucakap Pertanian dan Imigresen Kerajaan Andalusia Carmen Crespo berkata pihaknya percaya kebakaran itu "tidak dicetuskan oleh faktor semula jadi."

"Kami perlu melihat sama ada ia adalah kerana kecuaian atau sengaja dicetuskan," kata Crespo, sambil memaklumkan anggota bomba berhempas pulas cuba memadamkan api di dua lokasi berkenaan.

Di barat laut Sepanyol Galicia, pihak berkuasa cuba menangani tujuh kejadian kebakaran hutan di ibu kota Ourense yang dilaporkan telah merosakkan beberapa kediaman.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini, manakala tiga anggota bomba dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, kebakaran di barat daya Perancis pada Ahad tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Menurut penguatkuasa di wilayah Gironde, dua kejadian kebakaran telah memusnahkan lebih 11,000 hektar (27,182 ekar) hutan, lapor Agensi Anadolu.

Sebuah video di Twitter memaparkan kebakaran dan asap menyelubungi hutan berhampiran pantai di la Teste-de-Buch.

Lebih 3,400 hektar tanah musnah akibat kebakaran itu.

Di Landiras, pihak berkuasa telah memindahkan 2,100 penduduk di Cabanac, wilayah Gironde pada Ahad.

Lebih 1,200 anggota bomba, empat pesawat Canadair dan dua pesawat Dash kini berusaha memadamkan kebakaran.

Seramai 14,000 orang termasuk pelancong dan penduduk tempatan telah dipindahkan sejak kebakaran tercetus pada Selasa. Perdana Menteri Elisabeth Borne mengesahkan kejadian kebakaran itu akibat percikan api dari sebuah kenderaan elektrik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Sepanyol Juara Euro 2024

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Besarnya Tahi Bintang!

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Kempen Global ‘Only In Madrid’ Tampilkan Keunikan Ibu Kota Sepanyol

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran