web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pencipta Yu-Gi-Oh!, Kazuki Takahashi Meninggal Dunia

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 8:10PM

Kazuki Takahashi - Gambar dari https://sea.ign.com/

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kazuki Takahashi, 60, yang merupakan pencipta siri manga Yu-Gi-Oh!, ditemukan meninggal dunia di Okinawa, Jepun, demikian laporan saluran berita Jepun, NHK.

Pada 6 Julai, pengawal pantai Jepun menemui mayat Takahashi terapung di perairan Nago City.

Mayatnya dilaporkan memakai peralatan snorkeling. Ia kemudiannya disahkan oleh Pengawal Pantai Nago sebagai Takahashi.

Bedah siasat telah dijalankan oleh pengawal pantai Nago City serta polis bagi menentukan punca kematian beliau.

Kematiannya nyata mengejutkan peminat Yu-Gi-Oh! Ia merupakan pengakhiran yang tragis bagi pencipta fenomena yang telah membawa kegembiraan ke seluruh dunia dengan manga dan permainan kad yang terhasil daripadanya.

Berasal dari Tokyo, Takahashi menjadi bintang di kalangan artis manga, hasil kejayaan Yu-Gi-Oh!. Siri berkenaan pertama kali diterbitkan pada 1996 sehingga 2004.

Susulan kejayaan itu, Yu-Gi-Oh! menjadi francais multimedia, dengan siri anime popular, permainan video, permainan kad dan banyak lagi dihasilkan.

Takahashi kekal sebagai kunci penting dalam siri ini sepanjang hayatnya, setelah menulis cerita asal untuk Yu-Gi-Oh!

Filem anime The Dark Side of Dimensions, diterbitkan pada 2017 dan beliau bertindak sebagai penyelia ke atas kebanyakan projek lain dalam francais itu. - sea.ign.com

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek