web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Australia Mansuh Peraturan Pemakaian Pelitup Muka Di Lapangan Terbang

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 2:49PM

Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di terminal lapangan terbang di Australia mulai Sabtu ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CANBERRA - Kerajaan Australia mengesahkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di terminal lapangan terbang tetapi masih perlu ketika berada di dalam pesawat, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan pada Selasa malam, kerajaan persekutuan mengumumkan bahawa atas nasihat Jawatankuasa Prinsipal Perlindungan Kesihatan Australia (AHPPC), arahan memakai pelitup muka di terminal lapangan terbang akan dimansuhkan mulai Sabtu.

Bagaimanapun, pengembara masih perlu memakai pelitup muka di dalam pesawat untuk mencegah penularan COVID-19.

“Kerajaan menyatakan bahawa AHPPC mengesyorkan rakyat Australia terus memakai pelitup muka sebagai langkah utama untuk membantu meminimumkan penularan COVID-19 dan influenza," kata kenyataan itu.

Pengumuman itu dibuat ketika kes COVID-19 negara terus meningkat.

Pada pagi Rabu, Australia melaporkan lebih 20,000 kes baharu COVID-19 dan lebih 40 kematian. - Bernama

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad