web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Hampir 50 Tahun Beroperasi, Restoran Terapung Jumbo Ditutup

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 12:32PM

Gambar oleh AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HONG KONG - Restoran terapung Jumbo yang telah beroperasi selama 46 tahun di Hong Kong, terpaksa melabuhkan `layar' apabila ia terpaksa ditutup selepas percubaan untuk menghidupkan semula perniagaan restoran itu gagal.

Dibuka pada 1976, restoran berkenaan merupakan destinasi popular untuk makanan laut segar, masakan tradisional kantonis dan reka bentuk yang menyerupai istana empayar China.

Tarikan terkenal restoran berkenaan yang dipaparkan dalam beberapa filem tempatan dan antarabangsa, telah menjadi tuan rumah kepada kenamaan seperti Ratu Elizabeth II dan Tom Cruise.

Selepas hampir setengah abad dalam perniagaan, bagaimanapun, restoran di perairan Pulau Hong Kong ditutup buat sementara waktu pada Mac 2020, dengan masalah kewangan dikatakan menjadi punca disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Jumbo pada mulanya dijanjikan 'hidup baharu' pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, yang berjanji untuk menghidupkan semula mercu tanda itu sebagai "warisan budaya dan tarikan pelancong tersendiri" di bawah inisiatif kerajaan bandar untuk membangunkan semula Daerah Selatan Pulau Hong Kong dalam polisi 2022 beliau.

Namun ia gagal dilaksanakan apabila syarikat induk Jumbo pada bulan lalu memaklumkan, bahawa ia tidak dapat mencari operator baharu, menurut laporan media tempatan.

Operator Jumbo dilaporkan telah menawarkan untuk mendermakan restoran itu kepada kira-kira satu dozen peniaga sepanjang tahun lalu namun gagal disebabkan penyelenggaraan tahunan menelan belanja berjuta-juta dolar setiap tahun, menurut laporan itu.

Restoran itu akan dipindahkan ke luar negara dan menunggu pengendali baharu, tetapi lokasi tepatnya tidak akan didedahkan atas privasi, kata laporan itu. - Kyodo News

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad