web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand Benarkan Penduduk Tanam Ganja Di Rumah

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 8:13AM

Bagaimanapun penggunaan marijuana yang juga dikenali sebagai ganja dan kanabis di Thailand secara rekreasi masih diharamkan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Thailand menjadi negara Asia pertama yang menghapuskan ganja daripada senarai narkotiknya dan membenarkan orang ramai menanam tumbuhan itu di rumah.

Mulai semalam, kerajaan mengeluarkan bahagian tertentu dan ekstrak tumbuhan ganja (kecuali bunga dan perbungaan) daripada senarai narkotik terkawal Kategori 5, di bawah Akta Narkotik 1979, supaya boleh digunakan untuk tujuan perubatan.

Bagaimanapun, penggunaan marijuana yang juga dikenali sebagai ganja dan kanabis, secara rekreasi masih diharamkan.

Penggunaan ekstrak ganja tidak boleh melebihi 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC) dan jika melebihi ia dianggap melanggar undang-undang.

Susulan langkah Thailand itu hampir 100,000 orang bergegas mendaftar di aplikasi kerajaan PlookGanja semalam untuk memohon menanam tumbuhan berkenaan dan portal alternatif telah disediakan berikutan sambutan yang menggalakkan.

Ketua Setiausaha Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand, Dr Paisarn Dunkum berkata aplikasi itu dimuat turun lebih 50,000 kali semalam.

Beliau memberi amaran bahawa sijil itu boleh dibatalkan serta-merta jika penanam gagal mematuhi peraturan.

“Orang ramai boleh memohon untuk menanam ganja bagi kegunaan isi rumah sahaja. Untuk kegunaan bukan isi rumah, ia memerlukan kebenaran rasmi,” katanya.

Selain itu, 1,000 pokok ganja akan diedarkan secara percuma kepada penduduk di Buriram, mulai hari ini.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul berkata pemberian percuma itu sebagai permulaan kepada kempen pengagihan satu juta tumbuhan ganja di seluruh negara bagi menggalakkan orang ramai menanam tumbuhan itu di rumah untuk kegunaan memasak dan perubatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Thawatchai Chaiwat berkata kira-kira 3,000 banduan yang menjalani hukuman penjara atas kesalahan ganja sahaja dibebaskan hari ini berikutan pembatalan penyenaraian ganja daripada senarai narkotik.

Menurut Kementerian Kehakiman kesemua 7,488 kes ganja di mahkamah juga akan digugurkan termasuk semua kes yang sedang dalam siasatan polis, lapor portal berita The Nation.

Makanan, minuman dan snek yang mengandungi ekstrak ganja kini menjadi makanan popular terbaharu di Thailand apabila ganja tidak lagi dianggap sebagai satu kesalahan jenayah mulai semalam. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad