web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Letupan Bom Di Tak Bai: 3 Sukarelawan Polis Marin Cedera

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 3:37PM

Beberapa kenderaan musnah akibat letupan dan berbalas tembakan di Pekan Tak Bai, berhampiran sempadan Thailand-Malaysia pada Rabu malam. - Gambar dari Bangkok Post

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NARATHIWAT - Tiga anggota sukarelawan polis marin cedera dalam insiden letupan bom dan berbalas tembakan di Pekan Tak Bai yang terletak berhampiran sempadan Thailand-Malaysia pada Rabu malam.

Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Polis, Waesame Salae berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) di pos kawalan marin yang terletak berdekatan dengan Pengkalan Kubor, di Tumpat, Kelantan di sebelah Malaysia. 

Sekumpulan 10 lelaki yang dipercayai anggota militan melepaskan tembakan bertubi-tubi dan melontar bom paip ke dari arah daratan dan sungai dalam kejadian yang berlanjutan kira-kira 30 minit.

Penduduk Pengkalan Kubor dikatakan turut mendengar dengan jelas bunyi letupan bom dan tembakan itu. 

“Tiga anggota polis marin yang sedang bertugas cedera akibat terkena serpihan bom.

"Beberapa buah kenderaan musnah akibatan letupan. Selain itu, bangunan terletak berdekatan (pos kawalan) turut mengalami kerosakan,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan di tempat kejadian.

Selain itu, beliau berkata satu letupan bom turut dilaporkan berdekatan sebuah kedai serbaneka.

“Bom buatan sendiri seberat 20 kilogram itu diletupkan pihak tidak bertanggungjawab. Namun tiada kecederaan dilaporkan. Namun beberapa tiang elektrik yang terletak berdekatan dilaporkan mengalami kerosakan,'' katanya.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat, dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung letupan dan berbalas tembakan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan