web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Remaja Tembak Mati 21 Orang Di Sebuah Sekolah Di Texas

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 8:30AM

Ibu bapa menunggu di luar Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas, selepas serangan berdarah yang mengorbankan 18 murid dan guru. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

UVALDE - Seorang remaja lelaki telah menembak mati 18 murid sekolah dan tiga dewasa di Texas, pada Selasa, dalam insiden keganasan bersenjata di sekolah di Amerika Syarikat dalam masa beberapa tahun ini.

Serangan itu berlaku di Uvalde, Texas, iaitu sebuah komuniti kecil yang terletak kira-kira sejam dari sempadan Mexico. 

Gabenor Texas, Greg Abbott pada sidang media berkata, lelaki bersenjata berusia 18 tahun itu dipercayai menembak neneknya sebelum menuju ke Sekolah Rendah Robb pada waktu tengah hari, meninggalkan kenderaannya dan memasuki sekolah dengan pistol dan mungkin juga senapang.

Menurutnya, suspek yang dikenali sebagai Salvador Ramos, merupakan penduduk tempatan dan juga warga Amerika Syarikat, telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan.

Sementara Senator Roland Gutierrez memberitahu CNN bahawa tiga dewasa turut meninggal dunia dalam serangan berkenaan namun tidak diketahui sama ada bilangan berkenaan turut melibatkan penyerang.

Ia merupakan serangan yang meragut paling banyak nyawa sejak kejadian tembakan di Sekolah Rendah Sandy Hook di Connecticut pada Disember 2012, yang membunuh 20 kanak-kanak dan enam kakitangan sekolah terbabit.

Presiden Joe Biden telah diberikan penerangan mengenai kejadian terbabit dan dijangka memberikan ucapan kepada seluruh negara mengenai insiden keganasan itu. - AFP

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan