web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


121 Maut Akibat Ribut Megi

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 2:38PM

Pasukan menyelamat mengusung mayat penduduk yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pilar di Pekan Abuyog. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANILA - Angka kematian akibat ribut tropika yang melanda Filipina pada hujung minggu lalu meningkat kepada 121 orang, termasuk 81 mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di bandar tengah Filipina, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Khamis.

Jumlah kematian itu termasuk 118 orang di tengah Filipina dan tiga di selatan Filipina - kawasan yang mengalami banjir dan tanah runtuh besar akibat ribut tropika Megi.

Bagaimanapun, Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan melaporkan hanya 76 kematian dan 29 orang hilang setakat ini. Agensi itu, yang menerima laporan dari wilayah yang terjejas akibat bencana, berkata ia sedang mengesahkan jumlah korban.

Kolonel Polis Ma. Bella Rentuaya, jurucakap polis negara di wilayah Visayas Timur, berkata sehingga Khamis, 113 orang maut akibat tanah runtuh dan banjir di wilayah itu.

Menurut beliau, 81 orang maut dalam tanah runtuh di Baybay City dan 31 lagi mangsa di bandar Abuyog di wilayah Leyte, dan satu di wilayah Samar, sambil menambah lima lagi hilang, dan sekurang-kurangnya 236 penduduk cedera dalam ribut itu.

Megi, yang membadai darat Ahad lalu, merupakan ribut tropika pertama tahun ini yang melanda negara Asia Tenggara itu, yang dilanda kira-kira 20 taufan dan ribut setiap tahun. Kepulauan Filipina terletak di lingkaran taufan Pasifik, menjadikannya antara negara yang paling terdedah kepada bencana di dunia. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad