web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Comrade Bala, Penculik Siti Aishah, Meninggal Dunia Dalam Penjara

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 9:47PM

Gambar Aravindan Balakrishnan dirakamkan ketika hadir di mahkamah di London pada 25 November 2015. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aravindan Balakrishnan, pemimpin kumpulan Maoist di London, telah meninggal dunia di penjara di Dartmoor, United Kingdom, pada usia 81 tahun.

Dikenali sebagai Comrade Bala, dia ditahan selepas didapati mengurung beberapa wanita dalam keadaan seperti tawanan selama beberapa dekad di sebuah rumah di kawasan Brixton di London.

Kebanyakan daripada mereka bermula sebagai pengikutnya pada awal 1970-an.

Antaranya ialah rakyat Malaysia, Siti Aishah Wahab, yang ketika itu berusia 69 tahun, yang dibebaskan pada Oktober 2013 oleh polis selepas berada di bawah kawalannya selama lebih tiga dekad.

Siti Aishah mengenalinya selepas menyambung pelajaran di London pada 1968 dan menghadiri ceramah oleh Aravindan di Malaysia Hall.

BBC melaporkan bahawa Perkhidmatan Penjara UK mengesahkan Aravindan meninggal dunia di penjara semalam.

Menurut Daily Mail, Aravindan, yang dilahirkan di Kerala, India dan dibesarkan di Singapura sebelum berpindah ke London pada 1963, telah menggelar dirinya sebagai 'sosialis revolusioner'.

Dia menggunakan ucapannya untuk merekrut pelajar, termasuk rakyat Malaysia, bagi tujuan berkenaan.

Siti Aishah Abdul Wahab sebelum melanjutkan pelajaran di London pada 1968. - Gambar AFP
Siti Aishah Abdul Wahab sebelum melanjutkan pelajaran di London pada 1968. - Gambar AFP

Bagi Siti Aishah, yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan, dia terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Aravindan dan terputus hubungan dengan saudara-maranya di kampung.

Selepas diselamatkan pada 2013, kakak sulungnya Kamar Mahtum Abdul Wahab dari Malaysia telah mengunjungi Siti Aishah dan bertemu semula selepas tiga dekad.

Gambar Kamar Mahtum Abdul Wahab yang dirakamkan pada 2013 di Jelebu. - Gambar AFP
Gambar Kamar Mahtum Abdul Wahab yang dirakamkan pada 2013 di Jelebu. - Gambar AFP

Pada Disember 2015, New Straits Times melaporkan Siti Aishah berjaya menyesuaikan diri dengan baik sejak mendapat kebebasan dan bekerja sebagai sukarelawan sosial.

Aravindan pula didapati bersalah melakukan serangan seksual dan mendera ahli wanita kumpulan itu, oleh Mahkamah Southwark Crown London pada Januari 2016.

Dia dihukum penjara selama 23 tahun kerana jenayah rogol, serangan seksual, kekejaman ke atas kanak-kanak dan mengurung mangsa.

Menurut BBC, mahkamah kemudiannya mendengar bahawa Aravanidan telah menubuhkan Institut Pekerja Marxisme-Leninisme-Pemikiran Mao Zedong pada tahun 1970-an di selatan London dan meyakinkan pengikutnya bahawa dia boleh membaca fikiran mereka.

Aravindan juga menyakinkan mereka supaya percaya bahawa dia mempunyai entiti ghaib bernama Jackie yang akan mencetuskan masalah seperti bencana alam jika mereka tidak mematuhinya.

Agensi berita itu juga memetik anak perempuannya, Katy Morgan-Davies sebagai berkata bahawa dia melalui pengalaman pahit ketika berada dalam kurungan lelaki itu dan menyifatkannya sebagai "mengerikan, tidak berperikemanusiaan dan merendahkan martabat".

Katy tidak dibenarkan keluar rumah sejak kecil dan hanya mengetahui bahawa lelaki itu adalah bapanya selepas dia dewasa dan juga mengetahui bahawa ibunya adalah salah seorang pengikutnya yang tinggal bersama mereka. – The Vibes, 9 April 2022

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 minit yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad