Berita Terkini

5 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 6 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 6 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 6 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 6 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


1 Juta Umat Islam Bawah 65 Tahun Dibenar Tunai Haji Tahun Ini

Luar Negara Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 11:20AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MoHU) mengumumkan jumlah jemaah haji yang dibenarkan bagi musim haji tahun ini 1443Hijrah / 2022 Masihi terhad kepada sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan di laman Twitter hari ini, kementerian itu menyatakan jumlah jemaah antarabangsa untuk tahun ini akan mengikut kuota yang diperuntukkan kepada setiap negara berkenaan dengan mengambil kira pematuhan semua kriteria penjagaan kesihatan.

Kementerian menegaskan bahawa musim haji tahun ini terbuka kepada jemaah di bawah 65 tahun yang telah melengkapkan vaksin COVID-19 asas yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Saudi.

Menurut kenyataan itu, jemaah haji yang datang dari luar Saudi wajib menyerahkan keputusan negatif ujian PCR COVID-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.

Kementerian turut mengingatkan keperluan jemaah haji untuk mematuhi langkah berjaga-jaga dan mengikuti semua arahan kesihatan semasa melaksanakan ibadah mereka.

Untuk rekod, tahun lepas Arab Saudi membenarkan hanya 60,000 jemaah domestik meliputi warganegaranya dan warga asing yang berada di negara itu untuk menunaikan haji. - Bernama

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bakal Jemaah Haji, Sila Jawab Segera Surat Tawaran, Sahkan Tempat Anda - TH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dari Penyayang Kepada Kejam, Sikap Berubah Kerana Pencetus Tertentu - Pakar

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Pertimbang Buka Semula Kedutaan Yang Ditutup Sebelum Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Lawatan Rasmi Pemimpin: Rakyat Harap 2 Objektif

oleh Sofian Baharom