web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keresahan Penduduk Di Shanghai Susulan Peningkatan COVID-19

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 1:16PM

Orang ramai beratur untuk membeli telur di luar sebuah pasar raya di Yangpu, Shanghai. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Shanghai merekodkan peningkatan mendadak dalam kes COVID-19 pada Selasa, sekali gus menyebabkan keresahan di bandar raya yang mempunyai kira-kira 25 juta penduduk hingga mencetuskan pembelian panik di pasar raya.

Bandar itu berdepan dengan penutupan masuk hari kedua selepas pihak berkuasa membahagikan kawasan bandar terbesar itu kepada dua, dengan penduduk di bahagian timur bandar itu menjalani perintah berkurung di rumah mereka selama empat hari dan tertakluk kepada ujian mandatori.

China melaporkan 6,886 kes COVID pada Selasa, dengan lebih 4,400 kes dikesan di Shanghai, yang  kini menjadi pusat wabak COVID-19 terburuk di negara itu sejak awal wabak berkenaan dikesan.

Gambar-gambar yang dirakamkan menunjukkan rak-rak barang di pasar raya kosong.

''Selepas gagal mengambil apa-apa barangan runcit pagi ini, saya tidur semua dan bermimpi membeli makanan di pasar raya," tulis seorang pengguna di platform Weibo, yang sama seperti Twitter.

"Saya tidak pernah terfikir bahawa masyarakat hari ini akan bimbang untuk membeli barangan runcit.

Dalam usaha untuk memastikan ekonomi Shanghai terus bergerak, pihak berkuasa telah mengelak sekatan keras yang kerap digunakan di bandar-bandar China lain, sebaliknya memilih untuk melancarkan sekatan setempat.

Kawasan yang dikenakan sekatan pada Isnin ialah daerah timur, dikenali sebagai Pudong, yang merangkumi lapangan terbang antarabangsa utama dan pusat kewangan.

Sekatan itu akan berakhir hingga Jumaat, kemudian bertukar ke bandar lain iaitu Puxi.

Lapangan terbang, stesen kereta api dan pelabuhan perkapalan antarabangsa di bandar ini kekal beroperasi, manakala pengilang utama dibenarkan menyambung semula pengeluaran selepas terhenti seketika, lapor media kerajaan.

China sebahagian besarnya mengekalkan virus tersbeut di bawah kawalan sejak dua tahun lalu melalui langkah toleransi sifar yang ketat termasuk penutupan besar-besaran bandar dan wilayah untuk kes yang kecil.

Bagaimanapun Omicron telah terbukti lebih sukar untuk dihapuskan. - AFP
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam