web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Pemeriksaan Status, Daftar Maklumat Vaksinasi Masuki Haramain

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 4:17PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prosedur pemeriksaan status vaksinasi ke atas pengunjung dan jemaah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi dimansuhkan mulai Khamis, menurut Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi. 

Dalam satu infografik mengenai prosedur operasi standard (SOP) terbaharu yang disiarkan di laman Twitter rasminya pada Khamis, MoHU turut menghapuskan syarat mendaftarkan maklumat vaksinasi sebelum mendapatkan visa umrah bagi jemaah dari luar Arab Saudi. 

SOP terbaharu itu juga termasuk membatalkan syarat untuk mendapatkan permit bagi mendirikan solat di Masjidil Haram dan menziarahi makam Nabi Muhammad (SAW), manakala syarat untuk mendapatkan permit umrah dan menziarahi Rawdah tetap dikekalkan seperti sebelum ini.

Pengunjung Haramain kini tidak lagi perlu menjaga jarak fizikal, namun masih diwajibkan untuk memakai pelitup separuh muka sepanjang berada di dalam kawasan masjid.

Selain itu, pihak kementerian turut memansuhkan syarat untuk mengemukakan keputusan negatif ujian PCR atau RTK (Ag), di samping tidak lagi mewajibkan kuarantin bagi para jemaah yang datang dari luar Arab Saudi. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 26 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi