web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Paksa Tentera Russia Berundur Sama Ada Hidup Atau Mati - Duta

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 11:19PM

Olexander Nechytaylo - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu-satunya cara untuk menamatkan konflik di Ukraine adalah dengan memaksa tentera Rusia supaya keluar dari negara itu - hidup atau mati.

Duta Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo berkata demikian ketika menyatakan keazaman rakyat negara itu untuk mempertahankan negara mereka daripada serangan berdarah Presiden Russia, Vladimir Putin yang setakat ini telah meragut lebih 200 nyawa rakyat Ukraine.

Bercakap kepada The Vibes, Nechytaylo berkata, rakyat Ukraine akan mempertahankan diri mereka daripada pencerobohan ganas Russia.

''Ia (menamatkan peperangan) hanya boleh dicapai apabila pencerobohan terakhir itu, hidup atau mati, meninggalkan wilayah berdaulat Ukraine.

''Kami mahu terus membangunkan masa depan kami tanpa campur tangan,” tegasnya.

Beliau berkata, pertahanan Ukraine juga termasuklah mendedahkan jenayah perang yang dilakukan oleh penceroboh sejak Rabu lalu.

Kyiv, kata Nechytaylo, telah mengaktifkan protokol keselamatan dan komunikasi peringkat tertinggi, peringkat protokol 'Merah', susulan pencerobohan Russia ke atas negara itu.

''Semua diplomat Ukraine di seluruh dunia bertugas 24/7 mempertahankan negara kami dan membantu tentera kami yang berani itu, dengan memberitahu dunia kebenaran tentang jenayah perang Rusia, melibatkan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan langkah lain untuk meminggirkan penceroboh serta mendapatkan bantuan antarabangsa,'' katanya.

Duta itu juga menyelar pencerobohan Rusia dan membangkitkan bagaimana keputusan Putin itu bukan sahaja memusnahkan rumah dan infrastruktur tetapi turut mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah.

Beliau menegaskan bahawa Kremlin telah melancarkan 'pencerobohan tanpa provokasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Ukraine'.

Tambahan pula, tegas beliau, pencerobohan ini telah mendedahkan 'sifat buruk' rejim di Moscow di mana beratus-ratus, termasuk kanak-kanak, telah terbunuh akibat serangan ke atas rumah kediaman dan infrastruktur awam sejak dua hari lalu.

Beliau juga mengambil kesempatan menyelar Putin dan Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov kerana berbohong selepas sentiasa memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menyerang Ukraine.

Susulan serangan Rusia ke atas Ukraine, ia secara rasmi telah memutuskan hubungan diplomatik antara Kyiv dengan Moscow semalam, menandakan terputusnya hubungan pertama sejak Rusia dan Ukraine menjadi negara merdeka selepas kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengumumkan keputusan itu menerusi pesanan video, beberapa jam selepas Putin melancarkan serangan habis-habisan termasuk serangan udara dan pencerobohan darat di sepanjang sempadan utara dan selatan Ukraine.

Sementara itu, sebagai tanda solidariti, Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia dalam ciapannya menyatakan pendirian negara tersebut yang akan bersama-sama dengan Ukraine dalam menghadapi pencerobohan.

''Di Malaysia, kami mengibarkan bendera Ukraine sebagai solidariti bersama rakan-rakan Ukraine. UK  bersama-sama rakyat  #Ukraine dalam berdepan dengan serangan tanpa provokasi Russia ke atas #kebebasan dan  #demokrasi. Kami #StandWithUkraine,'' dalam ciapan oleh  @UKinMalaysia. – The Vibes, 27 Februari, 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 17 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad