web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Australia Buka Semula Sempadan 21 Februari, Kepada Pengembara Lengkap Vaksin

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 4:45PM

Australia mengalu-alukan kedatangan pengembara antarabangsa selepas hampir dua tahun pintu sempadannya ditutup. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Australia mengumumkan pembukaan semula sempadannya kepada pelancong yang telah lengkap vaksin dan pemegang visa lain, untuk kali pertama dalam tempoh hampir dua tahun.

''Jika anda mendapat vaksin dua kali, kami mengalu-alukan anda,'' kata Perdana Menterinya, Scott Morrison.

Pembukaan semula itu, pada 21 Februari ini, menjadi berita yang dialu-alukan untuk kebanyakan sektor termasuk pendidikan antarabangsa.

Australia merupakan antara negara yang melaksanakan kawalan sempadan paling ketat di dunia ketika pandemik coronavirus melanda.

Pada Mac 2020, kerajaan telah menutup sempadan. Ia menghalang kebanyakan warga asing memasuki negara itu dan menghadkan jumlah ketibaan untuk membantu memerangi COVID.

Sebahagian besar pelajar antarabangsa dan imigran berkemahiran telah dibenarkan memasuki negara tersebut sejak Disember lalu.

Pada Isnin, Morrison memaklumkan mereka yang memasuki Australia apabila sempadan dibuka semula sepenuhnya perlu memberikan bukti vaksinasi.

''Itu adalah peraturan. Semua orang diharap mematuhinya,'' katanya.

Pengembara yang tidak divaksin dan mempunyai sebab perubatan untuk tidak disuntik, bagaimanapun masih perlu memohon pengecualian perjalanan dan jika berjaya, akan dikehendaki menjalani kuarantin di hotel.

Sejak COVID-19 melanda, Australia telah melaksanakan langkah ketat untuk membantu menghalang penularan pandemik tersebut, malah melarang rakyatnya keluar dari negara itu tahun lepas.

Setakat ini, negara berkenaan merekodkan lebih 2.7 juta kes coronavirus dengan 4,248 kematian, menurut data dari Universiti Johns Hopkins. Hampir 80% populasinya telah divaksin. - BBC

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi