web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ratusan Warga Rohingya Melarikan Diri Dari Kem Pelarian Di Indonesia

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 12:20PM

Gambar menunjukkan warga Rohingya berehat di pusat penempatan sementara di Lhokseumawe di wilayah Aceh pada Oktober 22, 2020. Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA – Ratusan etnik Rohingya hilang dari kem pelarian di Indonesia, dipercayai diperdagangkan ke negeri jiran Malaysia, kata pegawai-pegawai dan sumber dari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

Hanya tinggal 112 daripada 400 pelarian masih berada di kem sementara di Lhokseumawe, yang terletak di pantai utara Indonesia. Mereka tiba di kem berkenaan antara Jun hingga September tahun lepas.

Pelarian tersebut dipercayai meminta penyeludup untuk membantu merentasi laut Selat Melaka untuk masuk ke Malaysia.

“Kami tidak tahu ke mana mereka pergi, tetapi mereka akan melarikan diri jika ada peluang kerana itu adalah matlamat mereka,” kata ketua jawatankuasa petugas di Lhokseumawe, Ridwan Jalil.

Tindakan tegas tentera Myanmar pada 2017 telah memaksa 750,000 warga Rohingya melarikan diri dengan merentas sempadan ke Cox’s Bazar di Bangladesh. Kebanyakan mereka dimasukkan ke dalam kem pelarian.

Ada antara pelarian itu mengupah penyeludup untuk membawa mereka keluar dari Bangladesh dan terpaksa menghadapi perjalanan yang mengerikan selama berbulan-bulan selain terpaksa berdepan wabak penyakit, dipukul, terlibat dengan pemerdangan manusia dan kebuluran semata-mata untuk sampai ke Malaysia dan Indonesia.

Pelarian ini telah diminta untuk tidak meninggalkan kawasan kem, kata agensi pelarian PBB, memandangkan risiko yang terlibat dalam perjalanan haram ke negara jiran.

“Namun mereka tetap meninggalkan kawasan kem walaupun kami berterusan mengingatkan mereka tentang bahaya dan risiko yang akan dihadapi jika keluar dari kem termasuk menggunakan khidmat penyeludup.

''Namun kita harus ingat bahawa kebanyakan mereka mempunyai saudara-mara di negara lain seperti Malaysia. Itu mungkin salah satu sebab utama mereka tekad untuk meneruskan perjalanan,'' kata jurucakap UNHCR, Mitra Suryono. –  AFP, 29 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ibu Muda Mengaku Salah Sebabkan Kematian Bayi Perempuan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Sentuh Pipi Dengan Mesra’, Ketua UMNO Beruas Nafi Tampar Cucu Nik Aziz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga China Dikenal Pasti Anjur Pesta Dadah Di Hotel Kuala Lumpur

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

oleh Sophia Ahmad