web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita 8 Anak Dikurung, Dirantai Leher, Cetus Kemarahan Ramai

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 1:29PM

Wanita yang mempunyai 8 anak ini, dikurung dan dirantai di leher oleh keluarganya, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai. - Gambar Douyin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu video yang tular di media sosial di China telah mencetuskan kemarahan ramai apabila ia memaparkan seorang wanita yang juga ibu kepada lapan anak, dirantai di leher dan dikurung di sebuah pondok.

Video berkenaan yang dimuatnaik dalam Douyin, yang memiliki TikTok, telah dirakamkan oleh seorang lelaki ketika melawat wanita itu. Dia nyata terkejut melihat keadaan wanita terbabit.

Selepas memberi pakaian kepada wanita itu, dia bertanyakan beberapa soalan namun wanita itu tidak dapat menjawabnya. Wanita tersebut hanya memakai pakaian nipis meskipun cuaca ketika itu berada pada suhu beku.

Selepas video itu menjadi viral, netizen di China menuntut pihak berkuasa campur tangan dan membantu wanita itu.

Ia juga membawa kepada perdebatan berhubung penganiayaan terhadap wanita dan hak-hak mereka di kawasan pedalaman China.

Netizen juga hairan bagaimana wanita itu mempunyai lapan anak, di sebalik peraturan perancang keluarga yang ketat di China.

Sejak dimuatnaik ke media sosial pada Jumaat lalu, video tersebut turut mencetuskan perbincangan mengenai pemerdagangan manusia di kawasan pedalaman China.

Netizen juga membandingkannya dengan filem Blind Mountain yang diterbitkan pada 2007, yang memaparkan mengenai kisah seorang wanita muda yang diculik dan dijual sebagai hamba.

Bagaimanapun pihak berkuasa dalam satu kenyataan menolak spekulasi mengenai penculikan.

Mereka mengenalpasti wanita itu sebagai Yang, dari Huankou. Dia telah berkahwin dengan Dong pada 1998, dan disahkan menghidap penyakit mental.

Keluarganya memaklumkan Yang sering bertindak ganas namun jawapan daripada pihak berkuasa menambah kemarahan netizen, yang tidak menjawab mengenai isu bagaimana wanita itu dikurung dan dirantai serta kebajikannya.

Keadaan ini menyebabkan pihak berkuasa sekali lagi mengeluarkan kenyataan pada Ahad, yang merangkumi maklumat mengenai keluarganya.

Pihak berkuasa memaklumkan mereka sedang menyiasat suami wanita terbabit.

''Dong disyaki menyalahi undang-undang. Siasatan sedang dijalankan,'' kata kenyataan terbabit.

Yang kini dirawat di hospital dan anak-anaknya diletakkan di bawah penjagaan kebajikan. Dia disahkan menghidap schizophrenia.

''Dia adalah manusia, bukan objek. Selepas melahirkan lapan anak sepanjang 20 tahun, kini baru sekarang dia ditemui,'' soal netizen yang tidak berpuas hati. - BBC

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 5 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik