web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tumpahan Minyak Merebak Ke Pantai Timur Thailand, Diisytihar Kawasan Bencana

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 8:13AM

Petuga membersihkan minyak mentah di Pantai Mea Ram Phueng pada 29 Januari berikutan tumpahan yang berpunca daripada kebocoran saluran bawah laut. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Pantai Mae Ramphueng di wilayah timur Rayong di Thailand diisytiharkan sebagai kawasan bencana, selepas tumpahan minyak dari saluran paip dasar laut yang bocor merebak hingga ke pesisiran pantai itu pada, Jumaat.

Media tempatan melaporkan kira-kira 200 anggota tentera laut dan 150 pekerja dari Star Petroleum Refining Public Company Limited (Star Petroleum), pemilik saluran paip terlibat, dikerahkan untuk membersihkan pantai.

Gabenor Rayong Channa Iamsaeng berkata, pelawat dilarang memasuki kawasan itu untuk membolehkan operasi pembersihan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kawalan Pencemaran Attapol Charoenchansa berkata minyak yang dihanyutkan ke darat setakat ini telah dilarutkan menggunakan bahan pengurai.

“Ia boleh diserap menggunakan kertas khas dan dilupuskan,” katanya dipetik oleh Thai PBS.

Kebocoran pada saluran paip itu berlaku kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) pada Selasa dan kebocoran itu dihentikan awal Rabu.

Tumpahan minyak yang dibawa arus ke pantai pada  Jumaat, mencemarkan pesisir pantai untuk jarak lebih dua kilometer.

Dianggarkan kira-kira 50,000 liter minyak mentah bocor daripada saluran paip itu, kira-kira 20 kilometer ke tenggara Kawasan Perindustrian Map Ta Phut.

Imej satelit daripada Agensi Pembangunan Geo-Informatik dan Teknologi Angkasa (GISTDA) menunjukkan tompokan minyak seluas 47 kilometer persegi hanyut ke arah pantai Rayong pada Jumaat.

Awal minggu ini, pihak berkuasa berkata ia mungkin mengambil masa lebih sebulan untuk memulihkan kawasan pantai yang terjejas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 6 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja