web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Dihalang Duduk Di Tempat Duduk Hadapan Lori, Bimbang Kemalangan

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 3:05PM

Pemandu lori dilarang membenarkan wanita termasuk isteri mereka duduk di tempat hadapan lori. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPALA - Persatuan peniaga di utara Uganda telah melarang wanita daripada duduk di tempat hadapan penumpang trak selepas memutuskan bahawa skirt pendek dan paha yang terdedah, menyebabkan kemalangan.

Perintah berkenaan dikeluarkan di bandar Lira, yang melarang pemandu daripada membenarkan wanita termasuk isteri mereka, duduk di tempat hadapan lori.

Persatuan yang mewakili peniaga dan vendor itu memaklumkan, keputusan berkenaan dibuat atas nama keselamatan.

''Sebahagian daripada mereka (wanita) memakai skirt pendek yang mendedahkan paha dan mengganggu pemandu, dan pemandu akhirnya menyebabkan kemalangan,'' kata Patrick Opio Obote, pengerusi kumpulan vendor pasaran telefon Lira, kepada AFP.

Larangan itu, berkuatkuasa serta merta dan semua pemandu serta penumpang perlu mematuhinya.

Jelas Obote, keputusan itu diambil selepas kajian dijalankan terhadap kemalangan jalan raya melibatkan pemandu trak.

''Kami dapati selain pemandu lori memandu laju dan tidak berdisiplin, ada wanita duduk di tempat hadapan sambil memakai gaun pendek, ada yang membawa pemandu ke bar dan minum arak dan akhirnya pemandu menyebabkan kemalangan,'' katanya.

Larangan itu susulan kemalangan pada 10 Januari lalu yang menyebabkan 9 peniaga terkorban manakala 20 lagi cedera selepas sebuah trak terbalik berhampiran Lira.

Polis meletakkan kesalahan kepada pemandu trak kerana memandu laju dan cuai.

Dalam pada itu, aktivis wanita, Alice Mugwanya Kabijje menyifatkan larangan itu sebagai 'tidak perlu dan 'chauvinisme lelaki'.

''Ia merupakan satu lagi serangan ke atas wanita oleh pegawai di Lira,'' katanya kepada AFP.

''Ia bertentangan dengan perlembagaan Uganda di mana pengecualian jantina untuk bebas mengambil bahagian dalam kerja seharian,'' katanya.

Sementara itu, media tempatan memetik timbalan pengarah trafik dan keselamatan jalan raya Uganda sebagai berkata, wilayah Lira merekodkan kadar kemalangan jalan raya kedua tertinggi sepanjang tempoh perayaan baru-baru ini. - AFP

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

3

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

4

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

5

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

6

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Dewan Rakyat Kecoh, Statistik Jenayah Seksual Babit Kanak-Kanak Di Kelantan Cetus Pertikaian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad