web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ibu Negara Baharu Indonesia Dinamakan Nusantara

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 7:57AM

Jokowi mengesahkan nama ibu negara baharu Indonesia itu pada 14 Januari. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur diberi nama Nusantara, kata Menteri Perancangan Pembangunan Nasional Suharso Monoarfa semasa mesyuarat bersama jawatankuasa kerja bagi rang undang-undang ibu negara baharu itu semalam di Parlimen.

Beliau berkata Presiden Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, mengesahkan nama itu pada Jumaat, 14 Januari.

Ibu negara baharu itu adalah antara projek pembangunan infrastruktur yang menjadi keutamaan Jokowi di Indonesia sebagai pemangkin untuk membuka potensi ekonomi keseluruhan, menggalakkan pertumbuhan, mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan.

“Saya percaya semua orang akan bersetuju dengan nama Nusantara,” kata Suharso.

Menteri itu berkata Nusantara adalah istilah lama Jawa, yang bermaksud “pulau luar”, ia ikonik di peringkat antarabangsa dan dikenali secara meluas oleh masyarakat global sebagai Republik Indonesia.

Indonesia memperuntukkan US$35.8 juta dalam bajet negeri 2022 untuk pembinaan ibu negara baharu itu. Keseluruhan projek itu menelan kos US$35 bilion.

Pembinaan fizikal sebenar akan dimulakan tahun ini setelah rang undang-undang ibu negara itu diluluskan oleh parlimen.

Pada 9 September tahun lalu, Jokowi menandatangani Peraturan Presiden No 85 Tahun 2021 mengenai Rancangan Kerja Kerajaan bagi 2022, yang merangkumi lapan langkah strategik untuk mempercepatkan transformasi Kalimantan, termasuk pembinaan ibu negara baharu yang lengkap dengan infrastruktur sokongan.

Ia termasuk mempercepat realisasi pelaburan, mengoptimum pembangunan komoditi dan meningkatkan jaminan undang-undang mengenai pemilikan tanah dengan mengeluarkan sijil pemilikan tanah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelantikan Presiden Indonesia Di Nusantara

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jokowi Minta Biden Campur Tangan, Hentikan Kekejaman Di Gaza Atas Dasar Kemanusiaan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Terharu Mendapat Penghargaan Daripada Presiden Jokowi, Putri Ariani Berazam Menjadi Juara America’s Got Talent 2023 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jokowi Tiba Untuk Lawatan Kerja Ke Malaysia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran