web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Nama Saya Kovid, Saya Bukan Virus' - Kovid Kapoor

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 2:16PM

Kovid Kapoor - Gambar dari Twitter@Kovidkapoor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apa ada pada nama? Namun bagi seorang pengasas sebuah syarikat pelancongan di India, Kovid Kapoor, namanya telah menjadi sensasi.

Ia menyebabkan dia terpaksa menulis di Twitter dan mengisytihar: ''Nama saya Kovid dan saya bukan virus.''

Kovid terpaksa berbuat demikian kerana dia akan berdepan dengan masalah setiap kali keluar dari India dan sejak pandemik COVID-19 melanda, ia membuat ''sekumpulan orang terhibur dengan namanya''.

"Lawatan ke luar negara pada masa depan akan menjadi lebih menarik!" katanya dalam ciapan dan mendapat 40,000 kali tanda suka.

Ciapan itu mencetuskan jenaka, sindiran dan mesej serta ramai yang ingin menemubual Kovid, ketika varian Omicron menunjukkan pertambahan kes di India.

"Saya adalah Kovid dan mahu mengembara," kata pengasas bersama Holidify itu.

Perhatian yang diterimanya secara tiba-tiba itu 'tidak dijangka sama sekali' namun berharap ia akan membawa publisiti kepada perniagaannya ketika 'masa yang sangat sukar' ini,'' katanya kepada AFP.

Ibu Kovid memilih nama berkenaan sebelum anaknya itu dilahirkan lagi dan Kovid bermaksud terpelajar.

''Ia merupakan nama yang mempunyai maksud yang cantik,'' kata Kovid. - AFP

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Kecoh, Statistik Jenayah Seksual Babit Kanak-Kanak Di Kelantan Cetus Pertikaian

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad