web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelitup Muka Merah Jambu? Tidak! - Kesatuan Polis Itali

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 12:46PM

Seorang anggota polis dari balai polis Polizia, memakai pelitup muka merah jambu ketika melakukan rondaan di Rome. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rome - Kesatuan polis Itali telah membantah penggunaan pelitup muka berwarna merah jambu untuk anggotanya, sambil memberi amaran ia tidak selari dengan pakaian seragam dan 'memberi risiko kepada imej institusi' berkenaan.

Dalam sekeping surat yang dihantar kepada ketua polis negara Itali dan diterbitkan secara dalam talian pada Khamis, ketua kesatuan itu, Stefano Paoloni, menggesa tindakan diambil terhadap apa yang disifatkan sebagai pilihan warna FFP2 yang 'membingungkan'

Menurut Paoloni, penyelia polis mesti 'memelihara kesopanan pegawai mereka, memastikan mereka tidak diperintahkan untuk menjalankan aktiviti institusi dengan alat pelindung (pelitup muka) dalam warna yang eksentrik kepada pakaian seragam dan berisiko merosakkan imej institusi'.

Beliau turut menyarankan warna lain yang lebih sesuai seperti putih, biru atau hitam, selari dengan seragam berwarna biru itu. 

Dalam laporan yang dipetik oleh media Itali, kesatuan itu berkata ia tidak mempunyai isu khusus dengan merah jambu, tetapi memaklumkan bahawa pakaian seragam pegawai telah dikawal selia.

Di Twitter, Timbalan Menteri Infrastruktur, Teresa Bellanova berkata 'tidak ada yang tidak bermaruah tentang pemakaian pelitup muka berwarna'

''Penghormatan terhadap pakaian seragam bukan datangnya dari warna, tetapi dari sikap dan cara bekerja lelaki dan wanita yang memakainya,'' katanya.

SAP, yang mempunyai kira-kira 20,000 ahli, atau kira-kira satu daripada lima pegawai polis Itali memberitahu, pelitup muka merah jambu itu telah diedarkan kepada beberapa unit di utara Itali dan di Sicily.

Pelitup muka wajib dipakai di semua tempat awam di Itali, termasuk di luar, untuk membendung penularan Coronavirus, dengan pelitup mula FFP2 diwajibkan untuk pengangkutan awam. - AFP                

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad