web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 1,400 Penerbangan Dibatalkan Pada Isnin

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 3:53PM

Orang ramai menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, California. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih 1,400 penerbangan di seluruh dunia telah dibatalkan pada Isnin, dengan destinasi ke China dan Amerika Syarikat paling teruk terjejas, disebabkan faktor-faktor melibatkan COVID-19.

Menurut laman web pengesan data penerbangan, FlightAware, pesawat Amerika Syarikat (AS) mengalami gangguan susulan kru penerbangan disahkan positif COVID-19 atau menjalani kuarantin.

Syarikat paling terjejas di negara itu adalah United, melibatkan 84 penerbangan dan JetBlue (66).

United pada minggu lepas memberi amaran, peningkatan kes Omicron memberikan 'kesan langsung kepada kru penerbangannya dan mereka yang terlibat dalam operasi', dengan ramai kakitangannya perlu menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat dengan pesakit COVID.

Sementara di China, 386 penerbangan dari China Eastern dan Air China (141) telah dibatalkan. Lapangan terbang di Beijing dan Shanghai paling teruk terjejas.

Di United Kingdom (UK), sebanyak 42 penerbangan British Airways dibatalkan dan Lapangan Terbang Antarabang Heathrow pula membatalkan 47 penerbangan.

Hong Kong pula melarang semua penerbangan Korea Selatan selama dua minggu, selepas kes positif dikesan dalam kalangan beberapa ketibaan.

Keseluruhannya, lebih 8,000 penerbangan telah dihentikan pada hujung minggu Krismas yang panjang, bermula pada Jumaat lalu. 

Selain COVID, faktor cuaca juga memainkan peranan. Salji tebal menyebabkan pesawat tertunda.

Walaupun pembatalan penerbangan hanya melibatkan peratusan kecil daripada jumlah keseluruhan penerbangan yang dibatalkan, namun ia lebih tinggi daripada biasa dan berlaku ketika orang ramai melancong serta menghabiskan masa bersama keluarga.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang memantau berbelas-belas kapal pesiaran yang terjejas akibat COVID dan belayar di perairannya.

Malah ada kapal-kapal berkenaan yang dilaporkan tidak dibenarkan berlabuh di Caribbean, lapor AFP.

Kes-kes COVID di seluruh dunia dilaporkan meningkat dengan pantas, dengan kebanyakan melibatkan varian Omicron.

Meskipun penemuan awal mendapati Omicron lebih ringan berbanding jangkitan varian lain, namun saintis bimbang dengan jumlah jangkitan yang direkodkan. - BBC

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad