web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Libat Omicron Meningkat 50 Peratus Di UK

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 6:12PM

Angka kematian di UK dilaporkan sebanyak 54 kes dalam masa 28 hari. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Sebanyak 86 kes varian Omicron telah dilaporkan di United Kingdom, menjadikan jumlah keseluruhan 246 kes.

Berbanding jumlah 160 kes pada Sabtu, ia menunjukkan peningkatan lebih 50 peratus semalam.

UK mencatatkan 43,992 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes coronavirus di negara itu kepada 10,464,389, menurut angka rasmi yang dikeluarkan semalam.

Sementara 54 kematian direkodkan dalam masa 28 hari.

Dalam pada itu, pengembara ke UK kini perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum tiba di negara berkenaan, dalam usaha membendung penularan virus tersebut.

Setiausaha Kesihatan UK, Sajid Javid berkata, peraturan itu akan berkuatkuasa pada Selasa.

Ia melibatkan mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas yang perlu menjalani ujian sebelum berlepas, maksimum dalam tempoh 48 jam.

Pada masa ini pengembara hanya perlu mengasingkan diri sehingga mereka diuji negatif dalam masa dua hari, selepas ketibaan.

Manakala Nigeria pula dimasukkan dalam senarai negara-negara merah bermula hari ini, di mana pengembara dari negara tersebut perlu menjalani kuarantin di hotel selama 10 hari, kata Javid.

Menurut Javid lagi, peraturan itu dilaksanakan sejak varian Omicron dikesan dan ia bagi "membeli masa" untuk menilai dan "melaksanakan langkah perlindungan".

Beliau turut menyeru orang ramai untuk mendapatkan vaksin penggalak apabila dipanggil berbuat demikian oleh NHS dan turut menyifatkan vaksinasi sebagai "pertahanan pertama" negara terhadap coronavirus. - BBC

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar