web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Varian Omicron, Dikesan Di Beberapa Negara Eropah

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 11:15AM

Penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo di Johannesburg selepas beberapa negara melaksanakan sekatan penerbangan dari beberapa negara Afrika. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa negara Eropah pada Sabtu telah mengumumkan kes pertama melibatkan jangkitan strain Omicron, ketika seluruh dunia mula melaksanakan sekatan bagi mengelakkan penularan varian baharu itu.

Britain, Jerman dan Itali mengesahkan kes-kes melibatkan Omicron, manakala 61 penumpang dari Afrika Selatan telah dikuarantin di Belanda selepas didapati positif COVID-19.

Pada masa sama, Afrika Selatan pula tidak berpuas hati kerana dihukum dengan larangan perjalanan udara selepas varian baharu itu kali pertama di kesan di negara terbabit.

Ia disifatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai `varian yang membimbangkan'.

Beberapa negara turut memulakan larangan perjalanan dari rantau Afrika, dalam usaha menghalang penularan Omicron manakala saintis pula berlumba-lumba untuk menentukan ancaman varian baharu ini sangat bermutasi dan sama ada vaksin sedia ada boleh menghindarinya.

Sehingga kini, varian ini telah terbukti lebih mudah berjangkit berbanding varian Delta yang dominan.

Pada Sabtu, Britain mengumumkan peraturan lebih ketat untuk semua penumpang yang tiba di negara itu dan melaksanakan semula peraturan pemakaian pelitup muka, selepas dua kes melibatkan strain Omicron dikesan.

Menurut Perdana Menterinya, Boris Johnson, pemakaian pelitup muka diperlukan di kedai-kedai dan pengangkutan awam.

Manakala hospital di Republik Czech pula mengesahkan satu kes melibatkan varian Omicron, membabitkan seorang pesakit wanita yang pernah mengunjungi Namibia.

Jerman juga mengesahkan dua kes melibatkan pengembara yang tiba di lapangan terbang Munich, dari Afrika Selatan sementara kes pertama membabitkan varian baharu itu dilaporkan di Itali, dikesan daripada seorang pengembara dari Mozambique.

Pihak berkuasa Belanda pula memaklumkan, varian Omicron kemungkinan dikesan antara 61 penumpang yang tiba dengan dua penerbangan dari Afrika Selatan, semalam dan disahkan positif COVID-19.

Semua penumpang dari penerbangan KLM itu, yang tiba sebelum Belanda mengumumkan larangan ke atas penumpang dari rantau berkenaan, kini dikuarantin di hotel.

Di Amerika Syarikat pula, pegawai White House memberitahu, Presiden Joe Biden telah diberikan taklimat mengenai situasi Omicron dan petugas kesihatan sedang memantau perkembangan varian tersebut.

Sementara di Belgium pula, negara itu mengumumkan kes pertama melibatkan individu yang tidak divaksin, yang baru pulang dari luar negara.

Kebimbangan penularan varian Omicron ini telah menyebabkan beberapa negara melaksanakan sekatan perjalanan keluar dan masuk dari negara Afrika.

Australia dan Belgium menjadi negara terbaru mengambil pendekatan berkenaan dengan melarang penerbangan dari sembilan negara Afrika.

Korea Selatan dan Thailand pula menguatkuasa larangan dari lapan negara, sama seperti Amerika Syarikat, Brazil, Kanada dan Arab Saudi.

Manakala Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi mendesak 27 negara dalam blok berkenaan melaksanakan sekatan dari negara Afrika.

Pada masa ini, kebanyakan negara anggotanya sudah melaksanakan peraturan terbabit. - AFP

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran