web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand Larang Kemasukan Pelawat Dari 8 Negara Afrika

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 8:17AM

Notis penerbangan elektronik menunjukkan pembatalan penerbangan di Lapangan Terbang OR Tambo di Johannesburg, semalam, susulan beberapa negara melaksanakan larangan kemasukan pesawat dari 8 negara Afrika. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Thailand turut mengikuti langkah negara lain yang melarang kemasukan pengembara dari beberapa negara di Afrika berikutan penularan jangkitan melibatkan varian baharu COVID-19 dikenali Omicron.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Opas Karnkawinpong berkata bermula 1 Disember, perjalanan dari lapan negara - Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe - adalah dilarang. 

Beliau berkata mulai Sabtu, pengembara dari negara yang terletak di selatan benua Afrika itu tidak akan dibenarkan mendaftar untuk program pelancongan "Thailand Pass" dan mereka yang sebelum ini telah mendapat kelulusan, wajib menjalani kuarantin selama 14 hari.

Selain itu, pengembara lengkap dengan suntikan vaksin COVID-19 dari negara Afrika yang lain tidak akan dibenarkan mengikuti aturan perjalanan tanpa kuarantin dan mereka wajib menjalani kuarantin sebaik tiba di Thailand. 

Setakat ini, beliau berkata tiada kes melibatkan varian baharu itu dilaporkan di Thailand.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan agensi berkaitan untuk meningkatkan tahap berjaga-jaga terhadap varian baharu itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat mengisytiharkan strain B.1.1.529 COVID-19 yang baharu ditemui, pertama kali dikesan di selatan Afrika, sebagai varian yang membimbangkan dikenali Omicron.

Dr Opas berkata, Thailand telah menjalankan ujian saringan terhadap 1,007 ketibaan dari 12 negara Afrika, di bawah program “sandbox” dan semuanya didapati bebas daripada COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran