web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand Buka Semula Sempadan, Sambut Pelancong Lengkap Vaksin

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 7:44AM

Pelancong asing mula tiba di Phuket selepas Thailand membuka pintu sempada kepada mereka yang lengkap vaksin, tanpa perlu menjalani kuarantin di Phuket, semalam. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Thailand menyambut ribuan pelancong asing dari 63 negara dan wilayah berisiko rendah selepas negara itu membuka sempadannya buat kali pertama dalam tempoh 19 bulan dalam usaha untuk merangsang kembali ekonominya yang dilanda pandemik.

Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok kembali sibuk apabila pelancong antarabangsa yang tiba dengan menjalani saringan ketat sebelum mendapat kebenaran masuk, dibantu oleh kakitangan lapangan terbang.

Pelawat yang lengkap vaksinasi dari negara dan wilayah itu termasuk Malaysia akan dikecualikan daripada kuarantin.

Awat Hassan yang terbang dari London adalah antara ribuan pelancong yang lengkap divaksinasi yang tiba di negara itu semalam.

“Saya sangat gembira dapat kembali ke Bangkok selepas 19 bulan. Saya memutuskan datang ke Bangkok kerana kerajaan negara ini menawarkan pengecualian kuarantin untuk pelancong yang sudah lengkap divaksin.

“Ramai rakan saya memberitahu mereka juga tidak sabar untuk ke Thailand. Pengaturan bebas kuarantin adalah langkah baik untuk memulihkan industri pelancongan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di sini semalam.

Selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Lapangan Terbang Phuket juga membuka semula pintunya kepada pelancong semalam.

Di bawah peraturan perjalanan bebas kuarantin, pelancong lengkap divaksin yang tiba melalui perjalanan udara mesti menjalani ujian calitan COVID-19 di lapangan terbang dan menghabiskan malam pertama mereka di hotel yang telah ditentukan terlebih dahulu.

Jika keputusan ujian itu negatif, mereka akan dibenarkan melawat wilayah lain di negara ini. 

Pelawat dari negara dan wilayah yang akan dikecualikan kuarantin wajib mulai semalam termasuk Australia, Kemboja, China, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Taiwan dan Hong Kong.

Senarai negara itu akan disemak semula oleh Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dan kemas kini seterusnya adalah pada 1 Disember dan 1 Januari.

Akhbar harian Thai English Bangkok Post melaporkan pengurus besar Lapangan Terbang Suvarnabhumi Kittipong Kittikachorn berkata sebanyak 61 penerbangan dijadualkan tiba pada Isnin  dengan kira-kira 3,000 penumpang, termasuk 700 warga Thailand yang pulang ke tanah air.

Selain itu, bermula pada 1 November, pelawat yang lengkap divaksin dari negara yang tiada dalam senarai negara berisiko rendah boleh melancong ke 17 destinasi pelancongan 'Zon Biru' termasuk Bangkok, Phuket, Krabi, Phang-Nga dan mereka mesti menjalani kuarantin tujuh hari sebelum melancong ke wilayah lain dalam negara itu. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad