Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sidang Kemuncak G20 Berakhir Dengan Komitmen Pemimpin Atasi Cabaran Global

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 11:17AM

Presiden Perancis Emmanuel Macron bercakap kepada wartawan di sidang media ketika Sidang Kemuncak G20. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROM - Sidang Kemuncak G20 yang melabuhkan tirainya pada Ahad meluluskan deklarasi mengesahkan peranan penting multilateralisme dan kerjasama antarabangsa dalam mengatasi cabaran global yang dicetuskan pandemik COVID-19.

“Deklarasi Pemimpin G20 Rom” berikrar untuk mengukuhkan tindak balas bersama terhadap pandemik itu dan merintis laluan bagi pemulihan global, dengan kebimbangan khusus terhadap golongan paling rentan, lapor Xinhua.

Pemimpin ekonomi utama dunia itu turut berikrar untuk menggunakan segala kemampuan dan alat yang  ada untuk menangani kesan pandemik, mengekalkan pemulihan dan terus berwaspada terhadap cabaran global seperti gangguan rantaian bekalan.

Deklarasi itu turut menggariskan peranan penting vaksin dalam memerangi pandemik, dan pemimpin sepakat untuk memperluas usaha bagi memastikan akses kepada vaksin, terapeutik dan diagnostik yang tepat pada masanya, saksama dan universal selain selamat, berpatutan, berkualiti serta berkesan, dengan mengambil kira keperluan negara berpendapatan sederhana dan rendah.

“Kami akan mengambil langkah untuk membantu meningkatkan bekalan vaksin dan produk perubatan penting serta input di negara membangun dan menghapuskan kekangan bekalan serta pembiayaan yang berkaitan,” menurut deklarasi itu.

Mengenai perubahan iklim, para pemimpin kekal komited kepada matlamat Perjanjian Paris untuk mengekalkan peningkatan suhu purata global jauh di bawah dua darjah Celsius dan meneruskan usaha untuk mengehadkannya kepada 1.5 darjah Celsius melebihi paras pra-industri.

“Sidang kemuncak ini berjaya. Bentuk kerjasama terbaik ialah kerjasama multilateralisme,” kata Perdana Menteri Itali Mario Draghi pada sidang akhbar sempena penutup sidang kemuncak itu.

Negara anggota G20 menyumbang hampir dua pertiga daripada populasi dunia, lebih 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dan 75 peratus daripada perdagangan global.

Sidang kemuncak dua hari itu diadakan secara dalam dan luar talian, dipengerusikan Itali.

Indonesia akan menggisi kerusi penggiliran Presiden G20 mulai Disember 2021. - Bernama

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 57 minit yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly