web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Restoran 'Banjir' Jadi Tarikan Di Thailand

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 12:01PM

Gambar yang dirakamkan pada 7 Oktober lalu menunjukkan orang ramai menikmati hidangan dalam air banjir di Restoran Chaopraya Antique. Air berkenaan adalah limpahan daripada sungai Chao Phraya. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah restoran di Thailand menjadi popular, disebabkan ia merupakan tempat makan yang dipenuhi air, susulan limpahan air sungai Chao Phraya.

Restoran Chao Phraya Antique yang terletak di Nonthaburi, utara Bangkok ini dibuka pada Februari lalu, di tepi sungai. Baru-baru ini, ribut dan hujan monsun telah membanjiri restoran berkenaan.

Namun pelanggan tidak kisah meredah air, malah mereka merakamkan pengalaman makan dalam air.

"Konsep ini tersebar dari mulut ke mulut, terima kasih kepada pelanggan,'' kata pemiliknya Titiporn Jutimanon, kepada France24.

Sesetengah kakitangan di situ memilih untuk memakai kasut but getah ketika menghidangkan makanan.

Video mengenai restoran ini telah tular di media sosial sekali gus menjadikan ia terkenal hinggakan pelanggan yang hendak makan di situ perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

"Ketika musim banjir, ia menjadi tarikan pelanggan yang ingin mencuba pengalaman baru,'' kata salah seorang pelanggan kepada AP.

Restoran ini merupakan percubaan pertama Jutimanon. Sebelum ini ia mengalami kesukaran selepas berbulan-bulan restoran itu ditutup akibat perintah sekatan pergerakan susulan penularan COVID-19.

Bagaimanapun kata Jutimanon, jika restoran itu terpaksa ditutup semula, perniagaannya itu tidak akan bertahan. - AP

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad