web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kecewa, Myanmar Tak Beri Kerjasama

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 8:10AM

Saifuddin Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Luar,  Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malaysia kecewa kerana pihak berkuasa Myanmar gagal untuk bekerjasama dengan Duta Khas ASEAN.

Saifuddin dalam ciapannya di Twitter berkata kekecewaan itu disuarakan di Mesyuarat Menteri Luar ASEAN semalam.

"... (dan) kecuali jika ada kemajuan, adalah sukar untuk melihat kehadiran Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) di Sidang Kemuncak ASEAN (26-28 Oktober 2021)," katanya mengenai penyertaan pemimpin junta Myanmar di sidang kemuncak itu.

SAC dengan 11 anggota dibentuk dan dipengerusikan Jeneral Kanan, Min Aung Hlaing untuk memerintah Myanmar selepas rampasan kuasa 1 Februari 2021 yang menggulingkan pemerintahan awam pimpinan Aung San Suu Kyi.

Rampasan kuasa itu mencetuskan pemberontakan dalam kalangan rakyat Myanmar dan kekerasan yang dilakukan agensi keselamatan negara itu menyaksikan ramai orang awam terbunuh.

Erywan Yusof, menteri luar II Brunei, dilantik sebagai Duta Khas ASEAN ke Myanmar, selepas beberapa bulan rundingan antara blok itu dengan junta Myanmar.

Dilaporkan Erywan tidak dapat membuat banyak kemajuan kerana pihak berkuasa di Myanmar gagal untuk bekerjasama, termasuk tidak membenarkan duta khas itu masuk ke negara berkenaan. 

Peranan duta khas itu disepakati di Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN di Jakarta pada April, menyaksikan negara-negara anggota mencapai Konsensus Lima Perkara dalam mencari jalan keluar krisis di Myanmar.

Konsensus lima perkara itu yang pertama, menghentikan serta-merta keganasan di Myanmar dan semua pihak mengambil langkah untuk bertenang; kedua, dialog konstruktif antara semua pihak yang berkenaan akan dimulakan untuk mencari jalan penyelesaian damai demi kepentingan rakyat; ketiga, duta khas Pengerusi ASEAN akan memudahkan perantaraan proses dialog dengan bantuan Ketua Setiausaha ASEAN; keempat, ASEAN akan memberikan bantuan kemanusiaan melalui Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA) ; dan kelima, duta khas dan delegasi akan melawat Myanmar untuk bertemu dengan semua pihak yang berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar