web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Facebook, Instagram Dan WhatsApp Pulih Selepas 6 Jam 'Lumpuh'

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 7:33AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkhidmatan media sosial Facebook, WhatsApp dan Instagram kembali pulih selepas 'lumpuh' hampir enam jam, bermula tengah malam tadi, kata Facebook.

Semua tiga perkhidmatan itu, yang dimiliki oleh Facebook tidak boleh diakses menerusi web atau aplikasi telefon pintar.

Kali terakhir Facebook mengalami gangguan seumpama ini adalah pada 2019.

Susulan itu, Facebook dalam ciapannya memohon maaf di atas perkara berkenaan.

"Kepada komuniti besar masyarakat dan perniagaan di seluruh dunia yang bergantung kepada kami: kami mohon maaf.

''Kami bekerja keras untuk mengembalikan semula akses di apps serta perkhidmatan kami dan gembira untuk melaporkan ia kembali pulih sekarang. Terima kasih kerana menggalasnya bersama kami''.

Ketika gangguan itu, Ketua Teknologi Maklumat Facebook, Mike Schroepfer turut memohon maaf menerusi twitternya, kepada mereka yang terjejas.

Sementara Mark Zuckerberg turut memohon maaf di atas gangguan yang berlaku pada Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger, menerusi akaun Facebooknya.

Gangguan besar-besaran seperti ni jarang berlaku. Pada 2019, Facebook dan aplikasinya tidak dapat diakses selama lebih 14 jam.

Sehingga kini tiada alasan rasmi diberikan berhubung gangguan yang berlaku sejak tengah malam tadi namun rangkaian dalam talian membuat spekulasi ia mungkin melibatkan 'domain name system' (DNS) untuk Facebook.

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad