web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Anti Pesawat Terbaharu

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 3:49PM

Gambar ini dirakamkan pada 30 September 2021 yang disiarkan oleh Agensi Pusat Berita Korea (KCNA) - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu anti pesawat, iaitu siri ujian senjata terbaru oleh negara itu, lapor media tempatan pada Jumaat.

Peluru berpandu anti pesawat itu mempunyai 'prestasi tempur yang luar biasa' termasuk kawalan kemudi berkembar serta teknologi baru yang lain, lapor Agensi Pusat Berita Korea (KCNA).

Gambar yang disiarkan akhbar rasmi Rodong Sinmun menunjukkan peluru berpandu itu dilancarkan ke udara dari kenderaan pelancar pada Khamis.

Ia merupakan langkah terbaru Pyongyang dan bakal meningkatkan ketegangan antarabangsa.

Pada September, ia melancarkan peluru berpandu jarak jauh dan minggu ini, Pyongyang menguji kenderaan peluru berpandu luncur hipersonik, yang disifatkan oleh tentera Korea Selatan sebagai masih dalam peringkat awal.

Dan pada Rabu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menolak tawaran berunding dengan Washington tanpa prasyarat dan menyifatkannya sebagai "tipu muslihat", selain menuduh pentadbiran Joe Biden menyambung "dasar permusuhan" oleh pentadbiran lalu.

Pyongyang kini berada dalam beberapa sekatan antarabangsa susulan program senjatanya itu, yang dilihat sebagai kejayaan di bawah pentadbiran Jong Un, termasuk peluru berpandu yang mampu mencapai seluruh Amerika Syarikat dan yang paling kuat sehingga kini.

Ujian terbaru ini telah mencetuskan kecaman antarabangsa, dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menyifatkan ia sebagai mewujudkan 'prospek ketidakstabilan dan ketenteraman'.

AS, Britain dan Perancis telah meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat khas hari ini.

Ia dijadualkan pada Khamis namun tertangguh selepas Rusia dan China, meminta masa untuk mengkaji situasi ini, kata sumber diplomatik. - AFP

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad