web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


27 Wilayah Di Thailand Dilanda Banjir Akibat Dianmu

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 7:57AM

Kawasan Wichien di daerah Phetchabun merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas selepas dilanda ribut tropika Dianmu - Gambar Bangkok Post

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Ribut tropika "Dianmu" yang membadai utara dan timur laut Thailand mengakibatkan banjir di 27 wilayah di Thailand dan menjejaskan sekitar 59,000 keluarga.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand melaporkan ribut tropika itu menyebabkan banjir kilat di Ayutthaya, Chaiyaphum, Nakhon Ratchasima, Chiang Mai, Lamphun, Lampang, Buriram, Tak, Sukhothai dan Nakhon Pathom.

Ketua Pengarahnya Boontham Lertsukekasem berkata kawasan di 12 wilayah di sepanjang Lembah Sungai Chao Phraya termasuk Bangkok, Sing Buri, Pathum Thani, Nonthaburi, Samut Prakan dan Samut Sakhon mungkin menyaksikan lebih banyak kejadian banjir berikutan lebih banyak air akan dilepaskan dari empangan Chao Phraya.

Beliau berkata paras air empangan akan meningkat 0.3 meter hingga satu meter dalam beberapa hari lagi.

Sementara itu, Chaiyaphum di timur laut Thailand turut dilanda banjir kilat.

Gabenornya Wichian Chantaranothai berkata ia adalah banjir terburuk berlaku dalam tempoh 50 tahun kerana 14 daripada 16 daerahnya digenangi air.

Bangkok Post melaporkan di Hospital Chaiyaphum, guni pasir digunakan sebagai benteng penahan banjir dan pam dipasang bagi mengalirkan air bagi memastiikan kawasan hospital kering. Anggota tentera turut ditugaskan membantu penduduk setempat.

Di Ayutthaya, pihak berkuasa telah membina benteng di beberapa lokasi arkeologi di sepanjang tebing sungai Chao Phraya dan Lop Buri.

Jabatan Seni Halus memaklumkan pihaknya juga sudah membina benteng di Wat Chai Wattanaram, Wat Dhammaram, Wat Kasatrathirajvoravihara dan Wat Choeng Tha, serta sebuah perkampungan Belanda yang dibina pada zaman Ayutthaya, Baan Hollanda.

Pada Ahad, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dan beberapa menteri kabinet melawat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di daerah Sri Samrong di Sukhothai, antara kawasan paling teruk dilanda ribut tropika "Dianmu". - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad