web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Salah Potong Rambut, Salon Diarah Bayar $271,000

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 12:58PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah salon di India telah diarahkan membayar lebih $271,000 sebagai pampasan kepada seorang model, kerana salah memotong rambut hingga mengakibatkan dia mengalami "gangguan mental yang teruk''.

Aashna Roy, telah mengunjungi salon berkenaan di sebuah hotel terkenal di New Delhi pada 2018 dan meminta staf berkenaan untuk memotong rambutnya, 10 sentimeter dari hujungnya, menurut penghakiman yang dikeluarkan oleh mahkamah pengguna di New Delhi.

"Bagaimanapun, mengejutkan apabila pendandan rambut memotong  memotong keseluruhan rambut dan hanya tinggal empat inci panjang dari kulit kepala,'' kata penghakiman berkenaan.

Mahkamah memutuskan bahawa Roy telah mencipta nama memulakan kariernya dengan terlibat dalam iklan produk rambut, namun potongan rambut yang salah itu menyebabkan dia mengalami `kerosakan mental dan trauma yang teruk'.

''Tidak dapat dinafikan bahawa wanita ini amat berhati-hati dalam perkara berkaitan rambutnya. Dia membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan rambut berada dalam keadaan yang baik. Dia juga beremosi dengan 'rambutnya'.

''Dia kehilangan tugasan yang diharapkan dan mengalami kerugian besar. Keadaan ini mengubah sepenuhnya gaya hidupnya dan merosakkan impiannya untuk menjadi model terkenal,'' kata mahkamah.

Susulan itu, mahkamah mengarahkan salon berkenaan, yang masih boleh membuat rayuan, untuk menjelaskan pampasan berkenaan dalam masa lapan minggu. - AFP

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad